Perodua memberi peluang kepada para pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) untuk melihat keupayaan masa hadapannya,terutama sekali dari segi konsep reka bentuk. Model yang paling penting anda perlu lihat adalah Perodua X-Concept iaitu sebuah model yang mempamerkan masa hadapan Perodua yang cerah dan juga futuristik.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) hari ini telah melancarkan varian baharu Ford Ranger iaitu Ford Ranger Raptor 2019 sempena Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Bagi mereka yang berminat dengan trak pikap gergasi Ford F-150 Raptor yang laris di Amerika Syarikat, Ford Ranger Raptor 2019 ini mempunyai intipati yang serupa dari segi…
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave 125i serba baharu. Motosikal kapchai 125cc yang versatil dan tahan lasak ini kini dilengkapi dengan reka bentuk yang segar dan moden. BSH telah menetapkan harga bagi motosikal Honda Wave 125i baharu ini bermula dari RM5,999 hingga RM6,299 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Encik Mohd Adib akan menunggang dari Pulau Pinang menuju ke China atas tujuan amal. Dana yang diraih akan disumbangkan kepada St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang. St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang, memberikan penjagaan buat orang kelainan upaya penglihatan.
GIVI Malaysia telah melancarkan laman blog dan Komuniti GIVISTA. Blog ini akan menampilkan pelbagai produk, aktiviti gaya hidup, dan juga trivia. Komuniti GIVISTA akan memberikan sorotan kepada aktiviti para pengguna GIVI.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan tiga SUV terkini mereka iaitu Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC, Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4MATIC dan Mercedes-AMG G 63. Model-model ini merupakan model berprestasi tinggi yang digabungkan dengan reka bentuk dan karakteristik sebuah SUV premium untuk pasaran negara.
TuneBoss telah memperkenalkan produk-produk baharu mereka sewaktu acara MotoGP Malaysia 2018. Produk-produk ini akan meningkatkan potensi prestasi mana-mana motosikal standard. Antara produk-produk ini adalah ECU, quickshifter, pam air elektronik, penyuntik bahanapi, dan pam bahanapi.
Pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun ini di Sepang telah diangkat ke satu tahap baharu atas jasa Shell Malaysia. Kesuluruhan B Hillstand telah diambil alih dan ditukar menjadi Shell Hillstand di mana para peminat boleh menikmati perlumbaan dan pelbagai aktiviti lain. Mereka juga turut menganjurkan Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru di mana ratusan penunggang motosikal…
Sempena sambutan Festival Membeli-belah tahunan 11.11 Lazada, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Polo Black & White edisi khas dan hanya 11 unit sahaja akan dijual secara ‘online’ melalui Lazada sahaja pada 11 November 2018!