Ford Ranger Raptor 2019 kini di Malaysia! RM199,888

Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) hari ini telah melancarkan varian baharu Ford Ranger iaitu Ford Ranger Raptor 2019 sempena Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Bagi mereka yang berminat dengan trak pikap gergasi Ford F-150 Raptor yang laris di Amerika Syarikat, Ford Ranger Raptor 2019 ini mempunyai intipati yang serupa dari segi reka bentuk di dalam pakej yang lebih sesuai untuk gaya pemanduan di Malaysia.

 

Menurut Ford Malaysia, model ini adalah model pertama yang direka khas untuk menakluk segala jenis keadaan jalan tidak kira jika jalan berturap di tengah bandaraya atau pengembaraan di tengah hutan. Melihat dimensi trak pikap ini (1873mm tinggi, 2180mm lebar dan 5398mm panjang), Ranger Raptor ini teramat gagah lebih-lebih lagi dengan gabungan  gril baru bersama logo besar ikonik Ford yang seakan serupa F-150 Raptor.

Bumper depan juga termasuk lampu kabus LED baru dengan salur udara tirai yang berfungsi untuk membantu mengurangkan rintangan udara badan. Penggunaan bahan komposit dalam reka bentuk badan kenderaan juga memberi imej dan daya ketahanan yang gagah lagi kuat untuk membawa anda ke mana-mana pengembaraan di dalam negara (dan luar).

Dari segi penjanaan kuasa, Ford Ranger Raptor 2019 didatangi dengan enjin 2 liter 4 silinder ‘twin turbo’ diesel yang mampu menjana 211 kuasa kuda dan 500Nm tork maksimum! Jika dibandingkan dengan Ford Ranger XLT, varian Ranger Raptor mempunyai tambahan 31 kuasa kuda dan 80Nm tork untuk segala jenis gaya pemanduan tanpa halangan.

Apa yang lebih menarik adalah segala kuasa enjin dihantar ke roda 17 inci (yang dipasangkan dengan tayar jenis All-terrain BF Goodrich 285/70 R17) melalui kotak transmisi 10-kelajuan yang menawarkan ketahanan lasak dan janaan tork yang lancar. Rangka Ford Ranger Raptor 2019 juga terdiri daripada pelbagai gred keluli aloi kekuatan tinggi (HSLA) yang meningkatkan prestasi untuk menyerap impak kelajuan tinggi di luar jalan.

Sistem suspensi Fox Racing Shox yang digunakan pada Ford Ranger Raptor 2019 ini memberi peningkatan ketinggian kenderaan, trek yang lebih luas dan pendekatan yang lebih baik dan sudut lepasas yang memastikan keupayaan dan kestabilan lebih-lebih lagi dalam aspek ‘off-road’ kelajuan tinggi.

Di dalam kabin, DNA Ford Performance telah memberi tempat duduk yang direka khas untuk memberi keselesaan yang optimum untuk pemanduan seharian di atas jalan raya dan juga sokongan padu untuk pemanduan ekstrim dalam keadaan off-road. Bahagian kokpit juga direka untuk memberi imej yang gagah dan premium.

Spesifikasi menarik yang lain termasuk:

  • Sistem suspensi Position Sensitive Damping (PSD)
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS)
  • Front End Accessory Drive (FEAD)
  • 6 mod memandu Terrain Management System (TMS) – Normal, Sport, Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand, Rock dan Baja
  • Sistem Electronic Stability Control (ESC) yang merangkumi:
    • Trailer Sway Control (TSC)
    • Hill Start Assist (HSA)
    • Hill Descent Control (HDC)
    • Load Adaptive Control (LAC)
  • Sistem navigasi satelit
  • Ford Stability Control dengan fungsi Roll Mitigation

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Ford Ranger Raptor 2019, Ford Malaysia akan menawarkan model terkini mereka pada harga RM199,888 (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat dua pilihan warna menarik iaitu Lightning Blue (Biru) dan Conquer Grey (Kelabu).

Selain Ranger Raptor, SDAC juga mengambil peluang untuk mempratontonkan Ford Mustang generasi baharu yang akan tiba di pasaran Malaysia mulai tahun depan. Satu unit Mustang baharu ini telah diterbangkan khas untuk dipamerkan di KLIMS 2018 yang akan berlangsung selama 10 hari mulai esok (23 Nov 2018) di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur.

Semepena KLIMS 2018, SDAC menawarkan promosi eksklusif untuk model-model kenderaan mereka iaitu:

  • Pengunjung yang menempah Ranger dan Mustang baharu berpeluang memenangi baucar tunai di dalam mesin terowong angin Bi-turbo
  • Pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger baharu juga berpeluang memenangi sebuah Ranger Raptor di dalam peraduan ‘Beli Sebuah Ford Ranger Baharu, Menang Sebuah Ranger Raptor’
  • 888 pelanggan pertama yang mendaftarkan Ford Ranger baharu akan menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000
  • Penyelenggaraan percuma selama 2 tahun atau 40,000km pertama bagi pelanggan yang mendaftar Ranger dan Ranger Raptor sebelum 31 Januari 2019

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply