Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengugut seorang pegawai JPJ dengan sebilah pisau setelah gagal ujian memandunya. Dia telah melakukan berbilang kesalahan trafik termasuklah melanggar lampu isyarat merah sewaktu ujian tersebut. Ini adalah kali ke-empat dia gagal ujian memandu.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Tahun 2018 merupakan tahun rekod kelima berturut-turut untuk Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dalam mengekalkan tempat tertinggi bagi jenama kereta mewah di dalam negara. Sebanyak 13,079 unit dijual dimana mereka menyambut kenaikan keseluruhan sebanyak 9% jika dibandingkan dengan tahun 2017.
Lebih daripada 10,000 kemalangan jalan raya adalah akibat daripada penggunaan tayar celup. JPJ akan bekerjasama dengan JKR dan SIRIM untuk menguatkuasakannya. Kita sebagai penunggang motosikal perlulah sentiasa berwaspada dengan cebisan tayar celup di atas jalan raya pada setiap masa.
TAG Heuer menyambut tahun baharu dengan mengaturkan sebuah pameran istimewa bertempat di Suria KLCC dimana mereka mempamerkan seni binaan jam tangan Swiss unik yang eksklusif lagi bersejarah. Dikendalikan oleh Catherine Eberlé-Devaux, Pengarah TAG Heuer Heritage, pameran tersebut memberi penghormatan kepada penemuan seni binaan jam tangan sejak tahun 1860.
Terdapat pelbagai jenis tuntutan yang boleh dibuat terhadap pihak bertanggungjawab selepas sesuatu kemalangan. Bagaimana pun, terdapat syarat dan juga had bagi apa yang boleh dituntut. Tuntutan-tuntutan ini adalah untuk menampung belanja sedia ada sekiranya kemalangan tidak terjadi, dan bukannya untuk memperkayakan mangsa.
Azhar Ibrahim dilahirkan buta namun kelainan upayanya itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya. Dia mencari nafkah dengan membaiki motosikal dibengkelnya sendiri sejak sepuluh tahun yang lalu. Minatnya mendengar deruman motosikal telah menjadi pendorongnya.
Tangan seorang kanak-kanak telah terperangkap pada roda belakang motosikal. Jaketnya yang longgar itu telah terperosok memasuki roda belakang motosikal yang diboncengnya. Ini adalah salah satu dari pelbagai kemalangan motosikal yang disebabkan oleh pakaian yang longgar.