Mercedes-Benz Malaysia kekal jenama kereta mewah pertama negara

Tahun 2018 merupakan tahun rekod kelima berturut-turut untuk Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dalam mengekalkan tempat tertinggi bagi jenama kereta mewah di dalam negara. Sebanyak 13,079 unit dijual dimana mereka menyambut kenaikan keseluruhan sebanyak 9% jika dibandingkan dengan tahun 2017.

Dengan peratus pasaran sebanyak 2.4%, pencapaian ini telah membuktikan kekukuhan jenama terkemuka dunia ini di dalam pasaran Malaysia. Bahagian khidmat lepas jualan juga mengalami peningkatan positif dimana sebanyak 148,800 buah kenderaan telah diservis dengan sempurna pada tahun lepas.

Menurut CEO Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner, “2018 juga merupakan tahun penuh kejayaan dalam sejarah 15 tahun MBM di Malaysia. Usaha kami untuk menyegarkan pengalaman jenama kepada pelbagai peminat telah berjaya dan kami amat gembira dalam mengekalkan tempat pertama bagi jenama mewah di dalam negara. Kombinasi hebat dari segi produk, khidmat jualan dan layanan pelanggan akan terus dijadikan sebagai tumpuan kami.”

Tawaran memiliki kenderaan dari MBM dari mula ke akhir terus dijadikan titik tumpuan dalam memberi pengalaman terbaik seperti khidmat pembiayaan dimana 4 dari 10 unit Mercedes-Benz dibeli melalui Mercedes-Benz Finances tahun lepas. Ini juga berjaya memberi rekod portfolio MBM setinggi RM2.7 billion untuk tahun 2018.

Bagi tahun 2019, MBM akan teruskan usaha mereka dalam meningkatkan segala aspek bagi jenama terkemuka untuk pasaran negara dengan pelancaran model-model baharu dan juga perkhidmatan dalam pengalaman memiliki kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply