Pameran istimewa TAG Heuer di Suria KLCC, 7-13 Januari 2019

TAG Heuer menyambut tahun baharu dengan mengaturkan sebuah pameran istimewa bertempat di Suria KLCC dimana mereka mempamerkan seni binaan jam tangan Swiss unik yang eksklusif lagi bersejarah. Dikendalikan oleh Catherine Eberlé-Devaux, Pengarah TAG Heuer Heritage, pameran tersebut memberi penghormatan kepada penemuan seni binaan jam tangan sejak tahun 1860.

Dengan prinsip berinovatif dimana mereka telah banyak memperkenalkan elemen-elemen baru sejak dulu kala, syarikat tersebut terus berusaha untuk membawa persembahan teknikal tambahan ke jam–jam tangan ikonik mereka dalam mencapai ketepatan terbaik dalam pembangunan reka bentuk yang mencerminkan semangat unik jenama dari Switzerland.

Menurut Amelia Sillard, Naib Presiden TAG Heuer Asia Tenggara, “Kesemua jam tangan yang dipamerkan adalah kejayaan besar TAG Heuer ciptaan sejak tahun 1860 dan merupakan ilustrasi terbaik dari semangat jenama Avant-Garde dan warisan yang luar biasa dalam pembuatan jam tangan. Ia adalah satu keseronokan dan kehormatan untuk dapat menunjukkan kepingan-kepingan muzium yang unik, terutamanya yang telah diterbangkan dari Switzerland ke Kuala Lumpur.”

Antara model yang dipamerkan buat kali pertama di Malaysia ialah model Monaco V4 ‘oscillating pinion’ yang dipatenkan pada tahun 1887. Model Monaco V4 ini merupakan jam pertama yang mekanisme kenderaan yang dikuasai oleh tali sawat dan Mikrograph pada tahun 1916, Ia juga merupakan jam randik pertama yang tepat sehingga 0.01 saat yang telah digunakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1920-an.

Para hadirin juga boleh mengenali ‘Time of Trip’ yang keluaran tahun 1911 dengnan lebih dekat iaitu sebuah ‘chronograph’ 12 jam pertama untuk kereta dan kapal terbang dengan rizab kuasa lapan hari.

Terdapat juga model TAG Heuer Monaco tahun 1969 yang meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun ini. Ia merupakan model tahan air reka bentuk empat segi pertama yang dilengkapi dengan pergerakan ‘chronograph’ automatik.

Bahagian pameran yang paling menarik adalah sebuah kereta perlumbaan Porsche 911 dengan warna Gulf Heuer yang memberi penghormatan kepada hubungan antara Gulf Oil dan TAG Heuer sejak tahun 70-an.

Pada tahun 1969, TAG Heuer Monaco dan kes perseginya – dilengkapi dengan kronograf pertama yang pertama di dunia, Calibre 11 – yang merupakan satu revolusi asli dari segi teknik pembuataan,reka bentuk dan juga nilai estetika.

https://youtu.be/SChZlrAUgDA

Gabungan imej jenama TAG Heuer dan juga Gulf telah dihebatkan lagi dengan kemunculan dalam filem Le Mans dimana pelakon dunia terkemuka Steve McQueen membawa sebuah Porsche 917 dengan warna hiasan Gulf biru dan jingga sambil memakai sebuah jam TAG Heuer Monaco 1133B Calibre 11.

Pameran TAG Heuer, dengan kerjasama Cortina Watch, akan berjalan dari sekarang hingga 13 Januari di persimpangan Suria KLCC. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.facebook.com/TagHeuerMalaysia/.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply