Sempen ulang tahun ke-120, Goodyear Malaysia mengumumkan kedatangan tayar Goodyear Assurance TripleMax 2 yang direka untuk segmen pertengahan kenderaan penumpang. Siri TripleMax Assurance pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2013 telah memenangi kepercayaan pengeluar dan pengguna kereta utama di seluruh dunia dan keluaran terbaharu mereka menawarkan prestasi yang lebih hebat dan selamat.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019, Naza Group akan menawarkan pelbagai tawaran dan pakej menarik bagi semua jenama automotif dibawah jagaan mereka di Malaysia dari Kia, Peugeot, Citroen, DS Automobiles ke jenama motosikal terkemuka iaitu Vespa, Indian Motorcycle dan Ducati. Mulai 5 Februari 2019, kunjungi Naza Automall, Petaling Jaya dimana para pelanggan boleh mencuba nasib…
Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sedang mengkaji sama ada untuk menghadkan motosikal kapchai pada 70km/j dan menunggang di sebelah kiri jalan sahaja. Diharapkan yang tindakan ini akan mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan motosikal. Pada pandangan kami, ada banyak lagi langkah yang lebih produktif yang boleh dilaksanakan.
Acara “Wheel, Walk & Fun Run” telah dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia pada hari Ahad (13 Januari 2019) di Kampung Pandan. Acara larian amal ini telah ditaja oleh Naza Corporation Holdings sebagai sebahagian daripada aktiviti sosial korporat mereka bagi tahun 2019. Naza juga turut menaja sebuah model Vespa S125 serba baharu sebagai hadiah utama cabutan…
Kami telah menemubual seorang pelajar antarabangsa di Kolej Automotif TOC. Kami ingin mengetahui bagaimana pelajar asing menyesuaikan diri dengan sukat pembelajaran dan juga pelajar yang lain. Gaya pembelajaran kolej ini membuka cara bagi para pelajar untuk mempelajari tentang kerjasama, tanpa mengira dari negara mana mereka datang.
BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan dua buah program baharu. Program tersebut adalah Waranti 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan 3 tahun. Syarikat tersebut turut mendedahkan harga motosikal mereka yang baharu bermula 1 Januari 2019.
Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda bumi Palu, Indonesia pada 28 September 2018 lepas telah meragut hampir 2,000 nyawa dan ramai lagi cedera parah. Dalam usaha untuk membantu mangsa bencana, Volvo Trucks Malaysia telah menyumbangkan RM 10,650 kepada Mercy Malaysia iaitu sebuah organisasi bantuan kemanusiaan berdedikasi untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan di Palu….
Kerajaan Negeri Terengganu kini sedang menawarkan lesen motosikal percuma. Program ini bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 1 Mac 2019. Ianya terbuka bagi penduduk berusia dari 16 hingga 40 tahun.
Shell Malaysia dengan rasminya telah melancarkan peraduan “Win a Trip with Shell” dimana para pelanggan boleh memenangi percutian destinasi pilihan antara Italy, New Zealand atau Korea Selatan! Satu pemenang akan dipilih setiap minggu tempoh peraduan dijalankan dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019. Para pelanggan Shell hanya perlu belanja RM40 minimum di mana-mana stesen…