Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan dua pusingan perlumbaan FIM World Endurance Championship dan FIA World Touring Car. Acara ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019. Para penunggang dan pemandu negara akan mengambil bahagian dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta ini.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Naza Premira Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan dua model edisi khas Notte hari ini iaitu Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS dan Vespa Notte GTS Super 300 ABS untuk permulaan 2019. Model istimewa Notte ini direkabentuk berasaskan unsur kepakaran teknikal dan mekanikal yang digunakan dalam pembinaan semua Vespa moden.
Hafizh Syahrin telah memenangi anugerah “Petronas International Rider of the Year” bagi tahun 2018. Pengumuman tersebut telah dibuat sewaktu majlis anugerah “Petronas SIC Motorsport Association of Malaysia (MAM) 2018” pada hari Selasa, 12 Februari 2019. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dianugerahkan dengan “Lifetime Achievement Award”.
UMW Toyota Sdn Bhd iaitu pengedar kenderaan Toyota di Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa model Toyota Camry 2019 dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang pada hasil ujian kemalangan kereta baru negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini.
Sejumlah 850 saman trafik telah dikeluarkan oleh Polis dan JPJ ke atas penunggang motosikal di dua buah lokasi berbeza semalam. Kesalahan ini termasuklah tidak menggunakan laluan motosikal, menunggang tanpa lesen, cukai jalan yang tamat tempoh, dan bermacam-macam lagi. Jumlah saman yang dikeluarkan begitu banyak sekali.
Perodua kini telah mencatat satu lagi kejayaan baharu dimana lebih dari 100,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga berjaya dijual kepada para pengguna di dalam negara setakat ini. Model yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah Perodua mencatat nombor jualan besar ini walaupun baru dilancarkan pada November 2017. Setakat ini, jumlah tempahan untuk Perodua Myvi generasi ketiga…
Shell Malaysia akan menganjurkan Shell Eco-marathon Asia bagi tahun 2019 sempena program global ‘Make the Future Live’ mereka. Ini merupakan tahun ke-10 persaingan ini diadakan dan Malaysia telah dipilih sebagai hos bagi acara tersebut dimana ia akan diadakan di Sepang International Circuit (SIC) dari 29 April 2019 hingga 2 Mei 2019.
Kelab Pemilik Desmo Malaysia (DOCM) telah berpeluang menyertai satu sesi ramah mesra istimewa ketika Ujian Pra Musim Sepang baru-baru ini. Mereka telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera Desmosedici GP19 baharu dan bertemu dengan para penunggang pasukan Mission Winnow Ducati. Kehadiran mereka menjadi bertambah istimewa apabila para penunggang Ducati berjaya merekodkan catatan masa terpantas…
Pada 2 Februari 2019 lepas, Proton Edar Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan mereka. Sebanyak 74 pusat 3S dan 4S Proton telah mengambil bahagian dalam rumah terbuka besar-besaran ini dimana lebih dari 1,000 unit Proton X70 berjaya dihantar kepada para pelanggan.