Op Selamat: 14,000 Kemalangan, 159 Kematian Dalam Tempoh 9 Hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan bahawa lebih 14,793 kemalangan jalan raya berlaku – melibatkan 20,903 kenderaan – sejak bermulanya Op Selamat pada 29 Mei lalu hingga 6 Jun 2019. Menurut laporan tersebut Selangor merekodkan kemalangan tertinggi dengan 4,057 diikuti Johor (2,259) dan Kuala Lumpur (1,895). Sementara itu, 159 kematian dilaporkan dengan 49 mengalami kecederaan serius…

Tiada ‘Selfie’ Tiada Grab

Syarikat e-hailing popular Malaysia, Grab mewajibkan setiap penumpang untuk menghantar gambar swafoto bagi mereka yang mahu menggunakan servis tersebut sebelum 12 Julai ini, dalam usaha untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang. Baru-baru ini beberapa kes bunuh melibatkan pemandu Grab mengejutkan warga kota sekaligus memaksa syarikat e-hailing gergasi itu mengambil langkah baru bagi menjaga keselamatan pemandu….

Tiada Tambah Nilai Di Lebuhraya PLUS Hingga 10 Jun

  Perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go akan ditutup di Lebuhraya Utara Selatan bermula 30 Mei hingga 10 Jun ini dalam usaha untuk memastikan kelancaran trafik. Dalam pengumuman yang dibuat di laman Facebook, PLUS Malaysia menasihatkan pengguna jalan raya agar menggunakan servis tambah nilai di kiosk yang terletak di kawasan rehat sepanjang lebuhraya. Sementara itu,…

Lebuhraya Pulau Indah Perlukan Laluan Motosikal

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa untuk membina laluan motosikal di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut terutamanya melibatkan penunggang motosikal. Lebuhraya Pulau Indah merekodkan lebih 2,700 kemalangan sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan. “Terlalu banyak kemalangan maut berlaku melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya Pulau…

Risau Letih Tunggang Yamaha YZF-R15 Balik Kampung? Tengok Video Ini

  Ketika Yamaha memperkenalkan YZF-R15, ramai yang memberikan maklumbalas positif terutamanya daripada segi rupa keseluruhan motosikal ini. Rekaan bercirikan ‘sportbike’ menjadi fokus utama terhadap penghasilan model baharu ini. Bagaimanapun, kami telah diberitahu bahawa terdapat beberapa keluhan yang disuarakan pemilik jentera ini terutamanya mereka yang baru sahaja beralih daripada motosikal ‘kapcai’ kepada R15. Rata-rata mengadu bahawa…

Petrol Percuma Untuk Penunggang Motosikal Di Caltex Batu 8, Kepong

Sesiapa yang bercadang untuk balik kampung dengan motosikal bersesaran bawah 150cc boleh berkunjung ke Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang hari ini untuk mengisi minyak dengan percuma. Menurut laporan Harian Metro, ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ diadakan hasil kerjasama dengan Parti Amanah Negara…

Kami Ke Litar Jerez Untuk Uji Bridgestone Battlax Hypersport S22

Awal bulan April lalu, kami terbang sejauh 15,000km ke Jerez, Sepanyol bagi menguji tayar terbaru daripada pengeluar tayar terkenal Jepun, Bridgestone Battlax Hypersport S22. Tayar S22 merupakan evolusi terbaru bagi siri sebelum ini Battlax Hypersport S21. Bridgestone Motorcycle & Scooter Tyres Centre – Malaysia (RM Mart Sdn Bhd atau BridgestoneMoto) telah memberi kami peluang untuk…

Anggota Polis Maut Dilanggar Motosikal Ketika Bertugas

Seorang anggota polis berusia 27 tahun meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugas apabila dilanggar oleh sebuah motosikal di KM23.2 Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru, semalam. Pelanggaran tersebut turut menyebabkan seorang lagi anggota polis tercampak ke atas jalan raya lantas mencederakannya. Mangsa, Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, sedang melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah van sebelum dilanggar dalam…