Kalau Berpeluang, Saya Mahu Terus Kekal Di MotoGP – Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya dalam saingan MotoGP tatkala timbul desas-desus bahawa dia akan turun semula ke Moto2.

Menurut laporan Berita Harian, Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu akui tidak berdepan masalah seandainya senario itu berlaku meskipun ketika ini ia hanya spekulasi.

“Tidak salah sekiranya saya membuat keputusan untuk kekal di MotoGP atau turun ke Moto2. Sudah tentu, kalau berpeluang saya mahu terus kekal,” katanya.

Pelumba berusia 25 tahun itu menampilkan aksi membanggakan dalam musim pertamanya bersama Yamaha sebelum beralih ke jentera KTM.

“Saya mendapat peluang terbaik bersama Yamaha. Walaupun jentera saya tidak sama seperti Johann Zarco tetapi saya sudah berjaya menamatka perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik beberapa kali,” tambahnya.

Sumber imej: Fox Sports Asia

Pada masa sama, Hafizh mengakui peralihan ke jentera KTM pada awalnya hadir dengan tanggapan KTM Factory akan dapat membantu meningkatkan kariernya.

“Saya jangka KTM Factory akan dapat membantu saya tetap ketika ini agak sukar. Jangkaan saya itu berbeza daripada apa yang berlaku ketika ini. Apa pun, saya akan terus berusaha keras dan yakin untuk memberi saingan terhadap pelumba lain.

“Tetapi jika saya diturunkan ke Moto2 saya akan berikan yang terbaik untuk kembali semula ke MotoGP,” ujarnya.

Bagi saingan GP Catalunya yang berlangsung minggu ini, Hafizh bakal memulakan saingan di petak 21 di hadapan wakil Aprilia, Bradley Smith setelah mencatat masa kelayakan 1 minit 41.839 saat.

Dalam perkembangan sama, pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo bakal memulakan perlumbaan di petak pertama dihadapan pendahulu kejuaraan dan wakil tuan rumah, Marc Marquez.

(SUMBER: Berita Harian)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.