Pembeli Nissan X-Trail dan Serena S-Hybrid akan mendapat pelan perlindungan FWD Protect Direct percuma selama setahun hasil kerjasama di antara Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan FWD Takaful Berhad. Pelan takaful keluarga itu menawarkan jumlah perlindungan bernilai RM100,000! FWD Protect Direct merupakan pelan takaful dalam talian yang menawarkan perlindungan penuh buat seisi keluarga…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Bagi yang mahu memasang RFID secara percuma, hari ini merupakan hari terakhir bagi yang berminat kerana bermula 15 Februari, caj pemasangan RM35 dikenakan seperti yang diumumkan Touch ‘n Go baru-baru ini. Meskipun masih berbaki tiga hari tetapi sistem RFID akan menjalani penyelenggaraan dari 12 hingga 14 Februari ini. Menurut Touch ‘n Go, pemasangan tag…
AIA General berhad menawarkan perlindungan komprehensif berkonsepkan kekeluargaan menerusi Family Drive yang bukan sahaja melindungi pemandu dan penumpang malah ahli keluarga. AIA Family Drive merupakan insurans yang melindungi kerugian dan kerosakan kenderaan yang berpunca daripada pemandu/pemilik serta pihak ketiga. Antara perlindungan yang ditawarkan adalah: Perlindungan kemalangan diri – pemandu atau ahli keluarga yang menggunakan kereta…
Sempena memasuki tahun 2020, Modenas Powerstore mengadakan promosi istimewa kepada para pengunjung! Bagi setiap pelanggan yang datang hantar jentera Modenas Pulsar NS/RS, Dominar dan V15 untuk servis, setiap pelanggan akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa sebuah helmet HJC CS-15 bernilai RM519! Menariknya, promosi tersebut akan berjalan setiap bulan hingga Disember 2020, ini bermakna seorang…
Niat nak beli motosikal jenis naked sport tapi teringin nak tunggang uji terlebih dahulu? Jom beramai-ramai singgah di Modenas Powerstore, Kota Damansara pada 15-16 Februari ini untuk merasai sendiri Modenas Pulsar NS200 ABS 2020! Pulsar NS200 merupakan model paling popular dalam keluarga Modenas sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj dan bagi 2020, model popular itu kini…
Pelumba Ducati, Danilo Petrucci akur bergelut untuk menyaingi kelajuan yang dipamerkan pelumba lain. Ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir semalam dengan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendominasi catatan masa terbaik bagi ketiga-tiga hari. Petrucci menamatkan hari terakhir ujian pra-musim di kedudukan keenam sementara pelumba satelit Pramac Ducati, Francesco Bagnaia,…
Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut. Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat. Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua. Cal Crutchlow (LCR Honda)…
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi melakar masa terpantas di hari kedua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Ini merupakan kali pertama Quartararo beraksi dengan jentera spesifikasi Factory YZR-M1. Pelumba Perancis itu pada awalnya menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan bawah sebelum melonjak naik dengan catatan masa 1…
Pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco mengakui jangkaannya meleset apabila menyangka mampu merekodkan catatan masa lebih pantas ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam. SIC merupakan platform sulung Zarco dalam menguji jentera Avintia selepas tidak terlibat dalam aksi ujian di Valencia dan Jerez, November lalu. Zarco mendakwa senario dilepaskan KTM lebih awal di samping…