Jom Tunggang Uji Modenas Pulsar NS200 ABS Hujung Minggu Ini!

Advertisements

Niat nak beli motosikal jenis naked sport tapi teringin nak tunggang uji terlebih dahulu? Jom beramai-ramai singgah di Modenas Powerstore, Kota Damansara pada 15-16 Februari ini untuk merasai sendiri Modenas Pulsar NS200 ABS 2020!

Pulsar NS200 merupakan model paling popular dalam keluarga Modenas sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj dan bagi 2020, model popular itu kini dipertingkat dengan sistem Anti-Lock Braking System (ABS) single-channel.

Fungsi ABS penting dalam memastikan jentera sentiasa berada dalam terkawal tidak kira dalam apa jua keadaan terutamanya ketika menghadapi permukaan jalan yang basah atau berpasir.

Dalam pasaran, jentera yang menawarkan sistem ABS rata-rata mencecah harga puluhan ribu ringgit tetapi Modenas Powerstore menawarkan Pulsar NS200 ABS 2020 dengan harga RM9,780 (merangkumi cukai julan dan insurans first party).

Bagi yang hadir untuk sesi tunggang uji, jangan lupa untuk membawa lesen dan IC untuk pendaftaran. Orang ramai boleh menguji jentera terbabit sekitar Kota Damansara dibawah pemantauan marshall.

Jadi kalau berminat untuk mencuba sendiri Pulsar NS200 ABS jom beramai-rami ke Modenas Powerstore Kota Damansara pada 15-16 Februari ini!