HLYM Kemas Kini Yamaha NMAX Dengan Dua Warna Baharu – RM9,798

Skuter popular, Yamaha NMAX telah dikemas kini dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023.  Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), skuter itu kini datang dengan pilihan warna Merah dan Biru dan dijual pada harga (terbaru) RM9,798 bermula 16 Mac ini. Seperti biasa, setiap pembelian Yamaha NMAX akan disertakan dengan ‘Yamaha safety disc lock’ benilai RM100. …

Supermoped 150cc Boleh Kacuk Dengan Komponen Honda, Yamaha Dalam Pembangunan – MForce

MForce merupakan antara pengedar terbesar di Malaysia kerana mengendalikan beberapa jenama motosikal di sini termasuk Benelli, SYM, WMOTO, QJMotor dan terbaru CFMoto.  Baru-baru ini, MForce turut memperkembangkan portfolio WMOTO di Malaysia menerusi pelancaran WMOTO Bobbie VII yang merupakan motosikal gaya retro moden dengan kapasiti enjin 700cc.  Sewaktu pelancaran, MForce turut mendedahkan perancangan untuk memperkenalkan sebuah…

Langgar Peraturan Jalan Raya Dah Jadi Tabiat Penunggang Motosikal – Pakar

Pensyarah Kejuruteraan Pengangkutan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah mencadangkan agar penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan pihak berkuasa dalam menangani tabiat buru dan angka kematian tinggi penunggang motosikal di jalan raya.  Memetik laporan The Sun, Ahmad Farhan menyifatkan tabiat buruk penunggang motosikal di Malaysia bermula sejak kecil lagi apabila ibu bapa membenarkan anak-anak…

Pinjaman Motosikal Ditolak Hanya Sebab Orang Kelantan?

Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya di media sosial apabila permohonan pinjaman bagi membeli motosikal telah ditolak.  Apa yang memeranjatkan, permohonan lelaki itu ditolak hanya disebabkan dia berasal dari Kelantan di samping langsung tidak menyemak terlebih dahulu dokumen yang diserahkan.  Lelaki itu turut memuat naik rakaman audio WhatsApp yang didakwa sebagai salah seorang petugas…

Suzuki V-Strom 800 DE Masuk Malaysia Suku Ketiga Tahun Ini?

Suzuki merupakan antara pengeluar yang membuat kejutan ketika di EICMA tahun lalu apabila memperkenalkan Suzuki V-Strom 800 DE serba baharu.  Buat julung kalinya, V-Strom tidak lagi dihidupkan enjin V-Twin sebaliknya dikuasakan platform parallel-twin 776cc serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu, Jepun.  Dalam perkembangan terbaru, difahamkan motosikal jenis ‘adventure’ itu akan turut dipasarkan di Malaysia sekitar…

SHOEI NXR 2 Kini Di Malaysia – Helmet SHOEI Paling Ringan, Dari RM2,400

Sinar Puncak, pengedar rasmi jenama SHOEI di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan SHOEI NXR 2, sebuah helmet ‘full-face’ terbaru untuk pasaran tempatan.  Menariknya, helmet SHOEI NXR 2 ini merupakan helmet yang paling ringan dikalangan barisan model jenama helmet Jepun itu di samping turut mencapai standard terbaru, ECE22.06 sekaligus dijamin lebih selamat.  Untuk rekod, SHOEI NXR 2…

ChatGPT Pilih Yamaha Y15ZR Motosikal Terbaik Untuk Dibeli Di Malaysia

ChatGPT merupakan model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan yang membangun dan mempromosikan kecerdasan buatan (AI) yang maju dengan cara yang selamat dan memberi manfaat kepada umum.  Dalam bahasa mudah, ChatGPT boleh memproses apa sahaja maklumat yang diusul atau ditanyakan dan kemudiannya menghasilkan jawapan dalam bentuk yang anda mahukan.  Untuk itu, kami tanya…

BMW R NineT 100 Years Edisi Terhad Kini Di Malaysia – Hanya 10 Unit, RM129,500

BMW Motorrad telah pun memperkenalkan BMW R nineT 100 Years edisi terhad sempena meraikan ulang tahun jenama motosikal Jerman itu, pada Disember tahun lalu.  Menurut BMW Motorrad pada waktu itu, hanya 1,923 unit dihasilkan untuk pasaran global. Menariknya, daripada jumlah itu, 10 unit kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga RM129,500.  BMW R nineT 100…