SHOEI NXR 2 Kini Di Malaysia – Helmet SHOEI Paling Ringan, Dari RM2,400

Sinar Puncak, pengedar rasmi jenama SHOEI di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan SHOEI NXR 2, sebuah helmet ‘full-face’ terbaru untuk pasaran tempatan. 

Menariknya, helmet SHOEI NXR 2 ini merupakan helmet yang paling ringan dikalangan barisan model jenama helmet Jepun itu di samping turut mencapai standard terbaru, ECE22.06 sekaligus dijamin lebih selamat. 

Untuk rekod, SHOEI NXR 2 ini dibangunkan dalam fasiliti terowong angin milik SHOEI bagi mencapai tahap aerodinamik terbaik. 

Hasilnya, NXR 2 ini datang dengan reka bentuk kompak, dan dilengkapi dengan ‘spoiler’ di belakang yang menonjol dan corong angin di bahagian depan. Corong udara tersebut juga meningkatkan pembuangan udara panas bagi si pemakai. Keseluruhannya, terdapat 6 corong masuk dan 4 corong keluar. 

Menurut SHOEI, NXR 2 ini juga lebih senyap dan berupaya menangkis air dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, walaupun lebih senyap namun rekaan helmet ini memastikan gangguan bunyi angin lebih rendah. 

Dalam pada itu, visor pula melindungi muka dan mata sebanyak 99 peratus daripada Ray UV. Visor juga boleh dibuka dan tutup dengan lebih mudah tatkala sistem pengunci kini diletakkan di bahagian tengah depan. 

Bagi yang berminat, SHOEI NXR 2 ini datang dengan tiga varian berbeza dan dibezakan dengan pilihan warna. Bagi warna Plain, SHOEI NXR 2 ini berharga RM2,400 manakala dengan grafik pula dijual pada harga RM2,899

Peminat Marc Marquez pula boleh mendapatkan versi MM93 Collection Rush pada harga RM2,980

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply