Langgar Peraturan Jalan Raya Dah Jadi Tabiat Penunggang Motosikal – Pakar

Pensyarah Kejuruteraan Pengangkutan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah mencadangkan agar penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan pihak berkuasa dalam menangani tabiat buru dan angka kematian tinggi penunggang motosikal di jalan raya. 

Memetik laporan The Sun, Ahmad Farhan menyifatkan tabiat buruk penunggang motosikal di Malaysia bermula sejak kecil lagi apabila ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menunggang tanpa lesen di kawasan kampung dan estet. 

“Pihak berkuasa juga hanya senyum bila melihat kanak-kanak menunggang motosikal di kawasan perumahan dan disebabkan itu mereka ini bertindak sesuka hati. 

“Senario itu juga menyebabkan tindakna melanggar peraturan itu sebagai perkara biasa,” ujar Ahmad Farhan. 

Dalam pada itu, Ahmad Farhan menjelaskan bahawa tabiat buruk yang mereka kutip sewaktu di usia kana-kanak juga jadi punca kepada angka kemalangan maut tinggi di Malayasia. 

Setakat Ogos 2021, seramai 89,953 penunggang motosikal maut di Malaysia dengan rata-rata membabitkan usia 15 hingga 34 tahun. Pada tahun 2020, sebanyak 4,634 angka kematian direkodkan dengan 67 peratus (3,118) daripadanya babitkan motosikal. 

Oleh sebab itu, Ahmad Farhan mahukan penguatkuasaan yang lebih ketat daripada pihak berkuasa agar dapat menangani tabiat buruk penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang gemar melanggar lampu merah dan tidak menggunakan laluan motosikal yang disediakan. – The Sun

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply