MotoGP: Bagnaia Juara Aksi Pembukaan Di Portugal

Pelumba Ducati Francesco Bagnaia, meneruskan kecemerlangan merangkul kejuaraan dunia musim lalu dengan memenangi aksi pembukaan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 di Portimao, Portugal, hari ini.  Bagnaia mengutip 25 mata penuh selepas berjaya mengatasi beberapa asakan pelumba lain. Susulan daripada kejayaan memenangi perlumbaan Sprint pada Sabtu, Bagnaia kini mengutip 37 mata keseluruhan. Sementara itu, pelumba factory Aprilia…

Kawasaki Eliminator 400 Hidup Semula – 47HP, 37NM

Kawasaki membuat kejutan beberapa hari lalu apabila mengumumkan kembalinya model Eliminator 400 bagi tahun 2023. Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, motosikal gaya ‘cruiser’ itu turut membuat penampilan mengejut di Bangkok International Motor Show 2023 sekaligus menandakan ketibaan model itu bagi pasaran di Thailand.  Perkembangan tersebut secara langsung mengesahkan kembalinya lencana Eliminator selepas model itu dihentikan…

Alami ‘Dunia Ducati’ Menerusi ‘Ducati Borgo Panigale Experience’, Ekslusif Untuk Ducatisti

Dalam usaha mengukuhkan jenama di pentas dunia, Ducati menawarkan program ‘Ducati Borgo Panigale Experience’.  Program tersebut membolehkan peminat jenama motosikal Itali itu menikmati pengalaman terbaik termasuk sejarah 90 tahun Ducati di Muzium Ducati. Dalam pada itu, Ducati turut menjalinkan kerjasama dengan Lamborghini yang membenarkan pengunjung melihat sendiri proses kejayaan automotif di Motor Valley.  Sementara itu,…

Ducati Lakar Sejarah, Raih Pendapatan Lebih EUR1 Bilion

Jenama motosikal premium Itali, Ducati melakar rekod baharu dalam sejarah syarikat itu apabila pertama kalinya merekodkan pendapatan lebih EUR1 bilion pada 2022, sekaligus menandakan peningkatan 24 peratus berbanding EUR878 juta pada tahun sebelumnya.  Tidak cukup dengan itu, Ducati juga merekodkan keuntungan operasi yang tinggi dengan EUR109 juta, berbanding EUR61 juta pada 2021 sekaligus menyaksikan kenaikan…

SPY SHOT: Voge Bangunkan Jentera 4-Inline 660cc – ‘Top Speed’ 200KM/J

Kebelakangan ini pengeluar motosikal dunia gemar menghasilkan motosikal bersesaran 660cc antaranya Aprilia dengan RS 660, Tuono 660 dan Tuareg 660 sebelum diekori Triumph dengan Trident 660 dan Tiger Spprt 660.  Dalam perkembangan terbaru, sebuah lagi pengeluar motosikal, kali ini dari China bakal mengikut jejak sama. Berdasarkan laporan terkini, Voge dikhabarkan sedang membangunkan sebuah jentera ‘sportsbike’…

Bajaj Lancar Pulsar NS200 2023 – 1.5kg Lebih Ringan, ABS Dwi-Saluran

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah menaik taraf model popular Pulsar NS200 bagi tahun 2023.  Pulsar NS200 merupakan model yang bukan sahaja dipasarkan di India malah di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Bagaimanapun, model itu dijenamakan semula sebagai Modenas disini.  Bagi tahun 2023, Pulsar NS200 telah dinaik taraf dengan beberapa ciri baharu termasuk fork USD (upside/down)…

Tiada Lesen, Tak Pakai Helmet, Bali Cadang Haramkan Pelancong Sewa Motosikal

Indonesia bakal melaksanakan beberapa peraturan baharu terhadap pelancong luar terutamanya mereka yang gemar ke Pulau Bali.  Menurut Gabenor Bali, Wayan Koster dalam satu kenyataan menyebut kerajaan negara itu bakal menguatkuasakan beberapa peraturan baharu bagi menyekat pelancong luar yang bekerja secara haram di pulau tersebut. Difahamkan, penduduk Bali juga kurang senang dengan lambakan pelancong asing terutamanya…

MotoGP: Marc Marquez Nafi Akan ‘Ceraikan’ Honda

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez menafikan dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Honda dan menegaskan dia kekal komited dengan pasukan itu.  Marquez menandatangi kontrak empat tahun sehingga 2024, beberapa bulan sebelum mengalami kecederaan serius di bahagian tangan kanan.  Meskipun Marquez kembali pulih selepas menjalani pembedahan keempat pada Jun tahun lalu, pasukan Repsol Honda gagal…