Honda ADV 160 Edisi Iron Man Dan Captain America Lancar Di Thailand

Advertisements

Honda Thailand dan Marvel telah bekerjasama bagi melancarkan skuter Honda ADV 160 edisi khas sempena meraikan ulang tahun ke-100 Disney. 

Khas untuk pasaran Thailand, Honda ADV 160 tampil dengan grafik Iron Man dan Captain America. 

Hasilnya, Honda ADV 160 edisi Iron Man datang dengan gabungan warna merah dan emas yang menyamai panel badan Iron Man. Turut kelihatan di bahagian sisi adalah logo Arc Reactor yang cukup ikonik pada Iron Man dan Tony Stark. 

Sementara itu, edisi Captain America pula datang dengan gabungan warna biru, merah dan putih menyamai watak Steve Rogers sebagai Captain America dalam komik dan filem Avengers. Bahagian panel kiri dan kanan pula mempamerkan lakaran perisai ikonik Captain America. 

Meskipun begitu, tiada perubahan terhadap spesifikasi dan kelengkapan yang masih sama seperti versi standard. 

Honda ADV 160 edisi Iron Man dan Captain America ini kekal dikausakan satu silinder 157cc yang menjana 15.82hp pada 8,5000rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm. Selain itu, skuter ‘adventure’ ini juga datang dengan fungsi HSTC (Honda Selectable Torque Control) atau lebih dikenali sebagai ‘traction control’.

Menurut Honda Thailand, hanya 3,000 unit bagi setiap satu edisi ini akan dihasilkan untuk pasaran negara itu dengan kedua-duanya akan dipamerkan di Bangkok Motor Show pada 22 Mac ini. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.