Harley-Davidson X500 2023 Dilancarkan Di China – 47HP, 48Nm

Selepas memperkenalkan Harley-Davidson X300 bulan lalu, Harley-Davidson dengan kerjasama QJ Motor telah melancarkan Harley-Davidson X500 di pasaran China dengan harga jualan CNY44,388 (RM28.5k).  Menurut Harley-Davidson, X500 itu datang dengan tiga pilihan warna; Vibrant Orange, Bright Silver dan Dazzling Black. Kerjasama dengan QJ Motor menyaksikan Harley-Davidson X500 dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Benelli Leoncino 500,…

Honda CB750 Hornet 2023 Masuk Pasaran Thailand – RM41.2k

Motosikal jenis naked terbaru keluaran Honda, CB750 Hornet telah pun memasuki pasaran negara jiran, Thailand.  Datang dengan dua pilihan warna; Graphite Black dan Pearl Glare White, Honda CB750 Hornet ini ditawarkan pada harga THB319,000 (RM41.2k).  Honda Hornet 750 dihidupkan enjin parallel-twin 755cc 8-valve dengan penyejukan cecair dan menampilkan sistem Unicam serta ‘270-degree crank’.  Menariknya, bahagian…

WMoto Xtreme 150i Bakal Dapat Enjin DOHC, Kamera Depan – 16.4HP, 14.7Nm

Pengeluar motosikal China, Lifan telah menaik taraf skuter ‘adventure’ Lifan KPV150 Pro untuk pasaran negara itu. Bagi tahun 2023, Lifan KPV150 Pro dinaik taraf dengan rekaan badan baharu termasuk lampu hadapan yang lebih segar dan sporty. Lifan juga menaik taraf enjin daripada SOHC kepada DOHC sekaligus menyaksikan enjin 150cc itu kini menawarkan 16.4hp dan 14.7Nm…

Kawasaki Z650RS Dapat Fungsi Traction Control

Kawasaki akan menaik taraf model retro Z650RS dengan fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) bagi model keluaran 2024. Naik taraf itu dilaksana bagi memastikan barisan model Kawasaki kekal selamat dan berteknologi tinggi bagi tahun akan datang.  KTRC bukanlah sistem baharu dan merupakan fungsi standard yang ada pada barisan model Kawasaki termasuk Ninja 650 dan Z650. Susulan…

Nombor Plat P7 Terjual Pada Harga RM66 Juta Di Dubai

Seorang individu telah merekodkan pembelian nombor plat paling mahal didunia apabila membeli nombor plat P7 dengan harga AED55 juta (RM66.16 juta). Memetik laporan Piston.my, pembeli tersebut (identiti tidak didedahkan) membuat pembelian nombor plat tersebut di Emirates Auction LLC pada Sabtu. Difahamkan, wang pembelian nombor plat tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan milik Pemerintah Dubai, Sheikh…

Yamaha Aerox (NVX) 155 Dapat Traction Control Bagi 2023

Yamaha telah mengemas kini skuter popular, Yamaha Aerox 155 bagi tahun 2023 di pasaran India.  Lebih dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di Malaysia, skuter bersesaran 155cc itu telah dinaik taraf dengan sistem ‘traction control’ (TCS).  Aerox 155 merupakan skuter 155cc kedua selepas Augur 155 yang menerima kelengkapan elektronik baharu itu.  Untuk rekod, TCS mempertingkatkan prestasi…

Harley-Davidson Buatan India Buat Penampilan Sulung

Baru-baru ini, Harley-Davidson telah pun memperkenalkan model X350 hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJ Motor.  Kemunculan model itu telah pun dijangka berdasarkan beberapa paten dan dokumen pensijilan yang difailkan di China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Harley-Davidson tidak berhenti disitu kerana pengeluar motosikal dari Milwaukee itu turut mendedahkan model 400cc serba baharu hasil kerjasama dengan…

Kawasaki Ninja ZX-4RR Masuk Pasaran Indonesia – Hanya 40 Unit, RM70k

Indonesia menjadi negara kedua Asia Tenggara untuk menyambut ketibaan model ‘sportsbike’ terbaru Kawasaki, Ninja ZX-4R, selepas Thailand.  Menurut laporan, hanya varian tertinggi, Ninja ZX-4RR dijual di pasaran negara itu dengan harga jualan rasmi INR239.9 juta (RM70k). Sementara itu, hanya 40 unit sahaja diperkenalkan.  Bagaimanapun, tanda harga tersebut pastinya mencuri tumpuan ekoran dua kali ganda lebih…

MotoGP: Rempuh Oliveira, Marquez Mohon Maaf, Dikenakan Penalti ‘Long Lap’ Berganda

Perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023 menyaksikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia cemerlang untuk merekodkan kemenangan pertama musim ini.  Juara dunia MotoGP musim lalu itu menampilkan aksi konsisten untuk menang pusingan pertama diikuti Maverick Vinales (Aprilia) kedua dan Marco Bezzecchi (VR46) ketiga. Bagaimanapun, aksi pembukaan kali ini terpalit dengan insiden kontroversi membabitkan lapan kali…