Alami ‘Dunia Ducati’ Menerusi ‘Ducati Borgo Panigale Experience’, Ekslusif Untuk Ducatisti

Dalam usaha mengukuhkan jenama di pentas dunia, Ducati menawarkan program ‘Ducati Borgo Panigale Experience’. 

Program tersebut membolehkan peminat jenama motosikal Itali itu menikmati pengalaman terbaik termasuk sejarah 90 tahun Ducati di Muzium Ducati.

Dalam pada itu, Ducati turut menjalinkan kerjasama dengan Lamborghini yang membenarkan pengunjung melihat sendiri proses kejayaan automotif di Motor Valley. 

Sementara itu, bagi memudahkan pengunjung meninjau kedua-dua lokasi ini, Ducati turut menyediakn perkhidmatan bas secara percuma. 

Namun, perlu diingatkan bahawa program tersebut hanya ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad dan terhad kepada 15 orang sahaja. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Ducati. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]