Muzium Top Mountain Crosspoint yang merupakan muzium tertinggi di dunia susulan berada 2,175m di atas aras laut telah hangus dijilat api. Menempatkan lebih 230 koleksi motosikal dan kereta, muzium yang terletak Timmelsjoch High Alpine Road di Austria itu gagal diselamatkan meskipun pihak bomba telah berusaha memadam kebakaran. Difahamkan, kebakaran tersebut tercetus sekitar jam 4 pagi…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Franco Morbidelli terus kempunan apabila bakal memulakan musim 2021 tanpa jentera Yamaha YZF-M1 Factory meskipun menamatkan musim 2020 di tempat kedua belakang juara dunia, Joan Mir. Perkara itu didedahkan prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT) , Datuk Razlan Razali menerusi wawancara bersama GPone, baru-baru ini. Morbidelli beraksi dengan jentera M1 ‘Spec-A’ 2019 musim lalu namun…
Aprilia telah melancarkan RSV4 1100 dan Tuono V4 yang telah dikemas kini untuk tahun 2021 dengan rekaan dan teknologi baharu. Selepas melancarkan RS660 dan Tuono 660 baru-baru ini, rata-rata menantikan perkembangan terkini motosikal sportsbike flagship syarikat dari Noale, Itali itu. Diinspirasikan daripada platform RS-GP yang beraksi di MotoGP, RSV4 kini menjana 214hp dengan enjin 1099cc…
Menyedari permintaan terhadap motosikal jenis touring semakin popular, Autologue Design, telah menghasilkan kit touring khas bagi Bajaj Pulsar NS200. Dijenamakan semula sebagai Modenas di Malaysia, Autologue Design merupakan pengeluar aksesori motosikal yang berpangkalan di India. Ketika KTM, Royal Enfield dan BMW telah pun memperkenalkan motosikal ADV bersesaran kecil menerusi 250 dan 390 Adventure, Himalayan dan…
Jenama motosikal elektrik Singapura, Scorpop Electric telah pun memperkenalkan prototaip model X. X dibina dengan memfokuskan terhadap teknologi dan prestasi, model ini menawarkan pendekatan baharu dalam segmen motosikal elektrik. Menurut Scorpio Electric, X mampu merekodkan kelajuan sehingga 100km/j dan boleh mencapai jarak sehingga 200km sekali cas. Ketua Pegawai Eksekutif Scorpio Electric, Melvin Goh percaya mobiliti…
Ducati merekodkan pencapaian baharu apabila menyerahkan unit ke 350,000 Monster kepada pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali dan Pengarah Pusat Rekaan Ducati, Andrea Ferraresi, telah menyerahkan sendiri unit ke 350,000 itu dalam bentuk Monster 1200 S ‘Black on Black’ kepada Ducatista, Sebastien Francois Yves Hervé De Rose. De Rose membuat tempahan motosikal tersebut dari…
Pelumba Rali Dakar,, Pierre Cherpin, disahkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan pada 10 Januari lalu. Cherpin terbabit kemalangan semasa Peringkat 7 dari Ha’il ke Sakaka Di Arab Saudi selepas melepasi jarak 178 kilometer. Ketika kemalangan dengan jentera Honda CRF 300, pelumba berusia 52 tahun itu didapati tidak sedarkan diri dan telah digegaskan ke hospital Sakaka…
Stefan Peterhansel telah merekodkan kejuaraan Rali Dakar buat kali ke-14 selepas memenangai edisi 2021 di Saudi Arabia. Dia berjaya mengetepikan saingan Nasser Al-Attiyah dan Carlos Sainz untuk muncul juara dengan kelebihan 14 minit 51s. Pelumba X-raid MINI itu hanya memenangi satu daripada 12 peringkat sahaja – catatan terendah sejak 2015 – namun berjaya meletakkan dirinya…
Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyifatkan persiapan pasukan itu tidak terjejas meskipun ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibatalkan. Dorna Sports, FIM, IRTA dan SIC telah pun mengesahkan pembatalan Sepang Shakedown dan ujian rasmi di Sepang susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di…