Rali Dakar 2021: Terbabit Kemalangan, Pierre Cherpin Meninggal Dunia

Advertisements

Pelumba Rali Dakar,, Pierre Cherpin, disahkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan pada 10 Januari lalu.

Cherpin terbabit kemalangan semasa Peringkat 7 dari Ha’il ke Sakaka Di Arab Saudi selepas melepasi jarak 178 kilometer.

Ketika kemalangan dengan jentera Honda CRF 300, pelumba berusia 52 tahun itu didapati tidak sedarkan diri dan telah digegaskan ke hospital Sakaka dengan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan kepala serius.

Meskipun keadaannya menjadi stabil dan diletakkan dalam ‘induced coma’, dia meninggal dunia sewaktu dalam peringkat pemindahan ke hospital Lille di Perancis dari Jeddah.

Ini merupakan penglibatan kali keempat Cherpin di Rali Dakar selepas membuat kemunculan sulung pada 2009 di Amerika Selatan.

Menurut kenyataan dari penganjur, Cherpin sertai Rali Dakar bukan untuk menang, sebaliknya menggunakan peluang itu untuk menunggang motosikal bagi menikmati landskap pelbagai.

“Segalanya mengujakan, menunggang motosikal merupakan minat saya,” kata Cherpin menuru penganjur.

Bertanding dalam kategori ‘Original by Motul’ (kategori motosikal tanpa bantuan), Cherpin menduduki tempat ke-77 keseluruhan ketika Peringkat 6.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.