Honda CB125X Concept – Masa Depan Motosikal Adventure-Touring?

  Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.

Ducati Diavel 1260 2019 Diperkenalkan – Jentera Muscle Itali Sejati 159hp!

Generasi terkini Ducati Diavel 1260 2019 telah diperkenalkan dengan lebih banyak kuasa dan keanggunan. Tarikan terbesarnya adalah enjin ‘L-Twin’ Ducati Testastretta DVT 1,262cc yang menghasilkan 159hp dan 126Nm tork. Pakej elektroniknya telah dipertingkatkan dengan ketara, dengan spesifikasi seperti Cornering ABS, Wheelie Control, Power Launch Control, dan bermacam-macam lagi.