Sempena meraikan ulang tahun ke-50 siri televisyen Kamen Rider tahun ini, pengeluar helmet Thailand, Bimola memperkenalkan model khas edisi Kamen Rider. Terdapat enam pilihan grafik dan warna yang diilhamkan daripada watak Kamen Rider sempena kolaborasi khas ini termasuk watak V1, V3, X, Amazon, Stronger dan Shocker Combatman. Untuk rekod, helmet Bilmola x Kamen Rider ini…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Hari yang menyedihkan bagi peminat motosikal Suzuki GSX-R1000 akhirnya tiba apabila pengeluar motosikal Jepun itu membuat keputusan untuk menghentikan penjualan ‘superbike’ ikonik itu di Jepun dan Eropah. Penamatan penjualan model itu selaras dengan keputusan mengejut Suzuki untuk menghentikan segala projek permotoran termasuk di MotoGP dan EWC dalam usaha untuk memberi fokus pada sektor lain. Bagaimanapun,…
Kejuaraan dunia MotoGP musim 2022 akhirnya menutup tirai dengan Francesco Bagnaia muncul juara dunia buat kali pertama dalam kariernya. Meskipun gagal menaiki podium di Valencia namun kiraan mata membolehkan Bagnaia mengatasi pencabar terdekat, Fabio Quartararo untuk menghadiahkan kejuaraan pertama Ducati selepas kali terakhir dilakukan Casey Stoner pada 2007. Bagaimanapun, ketika litar Ricardo Tormo meriah dengan…
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, dinobat juara dunia Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2022 setelah memastikan kutipan mata penting di Litar Ricardo Tormo, Valencia, pada Ahad. Bagnaia hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan 14 terbaik untuk mengesahkan kejuaraan dunia di hadapan pencabar terdekat Fabio Quartararo. Pusingan akhir di Valencia menyaksikan pelumba Suzuki, Alex Rins menghadiahkan kemenangan terakhir…
Pusingan terakhir MotoGP musim 2022 di Litar Ricardo Tormo, Valencia menyaksikan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin akan bermula di petak pertama setelah merekodkan catatan masa terpantas sewaktu sesi kelayakan pada Sabtu. Pelumba Sepanyol itu mencatatkan 1minit 29.621saat sekaligus akan menerajui barisan depan diikuti enam kali juara dunia, Marc Marquez di petak kedua dan Jack Miller,…
RNF Racing Ltd telah mengumumkan CryptoDATA Tech sebagai penaja utama pasukan itu bagi musim 2023. CryptoDATA Tech disahkan sebagai penaja utama dalam satu kenyataan rasmi dibuat pihak RNF Racing, hari ini. “Hari ini menandakan pencapaian penuh bersejarah bagi pasukan ini. Saya mahu berterima kasih kepada CryptoDATA atas kepercayaan yang mereka berikan kepada pasukan ini. “Dalam…
KTM AG dengan rasminya telah memiliki sebahagian besar daripada saham MV Agusta sekaligus mengesahkan khabar angin yang berlegar sebelum ini. MV Agusta dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa KTM AG kini memegang 25.1 peratus saham syarikat Itali itu. Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas KTM buat kejutan apabila mengumumkan akan mengedar motosikal MV Agusta di…
Tatkala kalendar 2022 semakin menutup tirai, pengeluar motosikal dunia mula sibuk menaik taraf barisan model sedia ada. Terbaru, Triumph Motorcycles memperkenalkan naik taraf baharu bagi Street Triple 765 R, RS dan Moto2 Edition 2023. Apa yang baharu? Pertamanya, Triumph membawakan teknologi Moto2 kepada Street Triple 765 2023 sekaligus tampil dengan kuasa lebih tinggi dan aspek…
Masa depan sukan permotoran dua roda negara kekal cerah selepas Qabil Irfan Azlan berjaya menjulang nama Malaysia di FIM MiniGP 2022 yang berlangsung di Valencia, baru-baru ini. Pelumba cilik yang baru berusia 10 tahun itu cipta kejutan apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan Super Final di Litar Ricardo Tormo. Anak kelahiran Kuala Terengganu itu…