RASMI: CryptoDATA Tech Jadi Penaja Utama RNF Aprilia

RNF Racing Ltd telah mengumumkan CryptoDATA Tech sebagai penaja utama pasukan itu bagi musim 2023. 

CryptoDATA Tech disahkan sebagai penaja utama dalam satu kenyataan rasmi dibuat pihak RNF Racing, hari ini. 

“Hari ini menandakan pencapaian penuh bersejarah bagi pasukan ini. Saya mahu berterima kasih kepada CryptoDATA atas kepercayaan yang mereka berikan kepada pasukan ini.

“Dalam tempoh singkat perbincangan meja bulat telah berkembang kepada komitmen jangka panjang. 

“Kerjasama ini amat baik untuk pasukan. Gabungan dua syarikat ini akan memacu pasukan bukan hanya untuk maju dalam perlumbaan malah untuk perkembangkan perniagaan pasukan. 

“Fokus utama saya adalah memastikan pasukan ini akan memberi saingan terhadap kejuaraan sementara CryptoDATA pula akan membangunkan strategi bagi mengukuhkan kedudukan kami di luar litar,” jelas pengendali RNF Racing, Datuk Razlan Razali.

CryptoDATA Tech merupakan antara penaja RNF Racing musim ini namun bagi tahun 2023, syarikat berlandaskan ‘blockchain’ dan keselamatan siber itu disahkan menjadi penaja utama bagi pasukan RNF Aprilia. 

Bagi meraikan kerjasama baharu itu, RNF Racing akan turut menampilkan livery khas pada jentera Yamaha M1 pada hari perlumbaan nanti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]