RASMI: KTM AG Beli 25.1 Peratus Saham MV Agusta

Advertisements

KTM AG dengan rasminya telah memiliki sebahagian besar daripada saham MV Agusta sekaligus mengesahkan khabar angin yang berlegar sebelum ini.

MV Agusta dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa KTM AG kini memegang 25.1 peratus saham syarikat Itali itu. 

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas KTM buat kejutan apabila mengumumkan akan mengedar motosikal MV Agusta di Amerika Utara. 

“Pada November 2022, KTM AG telah memiliki 25.1 peratus saham MV Agusta Motor S.p.A,” jelas MV Agusta dalam satu kenyataan. 

Kerjasama itu juga bermakna MV Agusta akan turut memasarkan motosikal KTM di beberapa negara. 

Perkembangan terbaru ini pastinya satu berita besar bagi kedua-dua syarikat dalam memperkembangkan produk ke pasaran yang lebih besar. 

Pada masa sama, berita ini juga memberi bayangan bahawa MV Agusta mahu kembali mengukuhkan kedudukan selaku jenama Itali premium di samping memberi saingan kepada jenama lebih dikenali seperti Ducati dan Aprilia. 

Untuk rekod, MV Agusta juga telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJ Motor yang akan memasarkan MV Agusta Lucky Explorer 5.5 di rantau Asia dan Eropah. 

Motosikal jenis ADV itu dikuasakan enjin parallel-twin yang sama terdapat pada Benelli TRK 501 namun dengan ‘bore dan stroke’ yang lebih besar. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.