Model Harley-Davidson LiveWire akan dilengkapkan dengan suspensi Showa dan brek Brembo yang canggih. “The Motor Company” ini sedar akan apa yang diharapkan oleh para pelanggan daripada sebuah motosikal berprestasi tinggi. Motosikal Harley-Davidson LiveWire akan mula disediakan bermula tahun 2019.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Walt Siegel Motorcycles (WSM) adalah pembina motosikal Ducati buatan khas. Mereka telah membina model retro ini yang telah diberi nama “SBK”. WSM telah membina motosikal ini menggunakan enjin Ducati sejukan udara atau pun cecair.
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyatakan hasratnya untuk memperoleh Ducati dalam satu temuramah. Dia telah pun mempunyai rancangan bagi membolehkan kedua-dua jenama bekerjasama. Ianya sudah pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan sama ada KTM berjaya membeli Ducati dari VW.
Valentino Rossi telah memenangi Monza Rally buat kali ke-tujuhnya pada hujung minggu lalu. Ianya merupakan kemenangannya yang ke-empat secara berturut-turut. Rossi telah meluahkan rasa cintanya pada perlumbaan rali sejak tahun 2005.
Seorang penunggang motosikal telah menawarkan motosikal Yamaha R1-nya kepada polis bagi mengejar seorang saspek langgar lari. Dia memutuskan untuk membantu setelah melihat pemandu trak pikap merempuh sekatan jalan raya polis. Dia bersama anggota polis berkenaan telah mengejar trak tersebut dan berjaya menghentikannya.
Motosikal Foggy-Petronas FP1 merupakan motosikal superbike buatan Malaysia. Dibina untuk perlumbaan WSBK bermula tahun 2003, homologasi jentera ini menyebabkan terhasilnya 150 buah unit. Petronas dan Momoto terlibat dalam kes guaman dan membantutkan pengimportan.
BMW Motorrad telah membuat satu usikan dengan sebuah enjin Boxer 1,800cc yang baharu. Pengeluar tersebut telah mengamanahkan Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal buatan khas bagi enjin tersebut. Khabar angin ada mengatakan bahawa BMW akan membina sebuah motosikal cruiser.
Jadual, peraturan, dan grid bagi siri kejohanan Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan. 18 orang penunggang akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan yang akan diadakan buat julung kalinya ini. Lima pusingan telah pun ditetapkan bagi tahun hadapan.
BMW Motorrad telah mendedahkan bahawa motosikal BMW S 1000 RR 2019 akan menggunakan injap batang berongga titanium. Teras yang berongga ini akan meringankan injapnya. Injap yang lebih ringan akan membolehkan tahap rpm yang lebih tinggi secara konsisten.