Valentino Rossi Menangi Monza Rally Buat Kali Ke-Tujuh

  • Valentino Rossi telah memenangi Monza Rally buat kali ke-tujuhnya pada hujung minggu lalu.
  • Ianya merupakan kemenangannya yang ke-empat secara berturut-turut.
  • Rossi telah meluahkan rasa cintanya pada perlumbaan rali sejak tahun 2005.

Valentino Rossi akhirnya berjaya memenangi sebuah perlumbaan pada tahun 2018 di perlumbaan Monza Rally, yang mana dia telah mengemudi sebuah kereta rali.

Dia berjaya merangkul kemenangan perlumbaan Monza Rally kali ke-tujuhnya, kali keempat secara berturut-turut, dengan menewaskan Teemu Suninen dengan jarak masa 1 minit 27 saat. Rossi dan pemandu arah/pemandu bersamanya, Carla Cassina telah memenangi lapan daripada sembilan tahap asfalt. Mereka seri dengan bintang rali dari Finland, Suninen, pada tahap ke-sembilan.

Rossi bagaimana pun tidak memenangi perlumbaan akhir satu lawan satu “Master Show”. Dia telah ditewaskan oleh rakan senegara dan juara dunia Grand Prix motocross sembilan kali, Antonio “Tony” Cairoli, dengan perbezaan masa masa sekadar 0.59 saat.

Empat pemandu terpantas di perlumbaan Monza Rally ini telah mengemudi kereta Ford Fiesta WRC Plus, manakala Cairoli pula adalah pemandu bukan Ford terpantas di tempat ke-lima keseluruhan dengan kereta Hyundai I20-nya. Aturan penamat Lima Teratas adalah Rossi, Suninen, Roberto Brivio (abang kepada ketua pasukan Ecstar Suzuki MotoGP, Davide Brivio), Alessio Salucci, dan Cairoli.

Penunggang dari Itali berkenaan bergelut sepanjang musim MotoGP 2018 tanpa sebarang kemenangan, jadi, kemenangan ini sudah pasti merupakan satu saguhati yang cukup manis buat dirinya.

Penyertaan pertama Rossi dalam dunia perlumbaan rali adalah pada tahun 2002 di WRC Rally Great Britain, mengemudi sebuah kereta Peugeot 206 WRC namun dia terbabas dan terpaksa menarik diri sewaktu tahap kedua.

Idola WRC (World Rally Championship) Rossi, mendiang Colin McRae telah mengajarnya asas kawalan kereta rali selepas itu. Rossi kemudiannya telah berlumba menentang McRae di Monza Rally Show 2005. Dia mengemudi kereta Subaru Impreza WRC dan menewaskan McRae yang memandu kereta Skoda Fabia WRC.

Rossi juga pernah menguji jentera Ferrari Formula 1 pada tahun 2006 di Valencia. Dia mengakhiri hari ketiga ujian dengan catatan masa 0.5s di belakang Michael Schumacher. Bagaimana pun, Rossi mengumumkan bahawa dia akan meneruskan dengan perlumbaan MotoGP. Schumacher kecewa namun menyokong keputusan Rossi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]