Bekas penunggang MotoGP, Alvaro Bautista tampil terpantas di atas motosikal Ducati Panigale V4 R pada hari pertama ujian pra musim terakhir WorldSBK 2019. Jentera Ducati tunggangan Bautista adalah salah satu daripada empat pengeluar yang berbeza dalam kedudukan Lima Teratas. Sesi ujian akan diteruskan esok.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Seorang pegawai polis trafik Delhi telah mengambil pendekatan yang unik dengan memegang cermin di hadapan pesalah trafik. Langkah ini diambil bagi menggalakkan pesalah untuk memakai helmet sewaktu menunggang motosikal. Menurut pegawai berkenaan, langkah ini berkesan setakat ini.
Pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK telah memperkenalkan barisan penunggang mereka bagi tahun 2019 untuk kejohanan World Superbike Championship. Barisan penunggangnya terdiri daripada juara empat kali, Jonathan Rea dan penunggang baharu, Leon Haslam. Musim baharu akan bermula pada minggu hadapan di Phillip Island, Australia.
Slaid pembentangan rasmi bagi motosikal Bajaj Dominar 400 2019 telah dibocorkan di atas talian internet. Motosikal baharu itu akan menerima pengemaskinian kuasa maksimum dari 35 PS yang ada sekarang menjadi 39.9 PS. Perubahan lain termasuklah fork terbalik dan panel instrumen baharu.
Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan dua pusingan perlumbaan FIM World Endurance Championship dan FIA World Touring Car. Acara ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019. Para penunggang dan pemandu negara akan mengambil bahagian dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta ini.
Seorang lelaki warga Indonesia telah menyeksa dan mengheret seekor kucing di belakang motosikal yang ditunggangnya. Seorang pemilik kucing telah berjaya merakamkan video aksi tersebut. Polis kemudiannya telah berjaya menangkap lelaki terbabit dan dia telah memberitahu bahawa dia terdengar suara yang menyuruhnya membunuh kucing berkenaan.
KTM telah melancarkan ke semua pasukan Moto3, Moto2, dan MotoGP mereka bagi musim 2019. Mereka akan tampil dengan dua buah pasukan dalam MotoGP, di mana kedua-dua pasukan ini akan menggunakan jentera yang sama. Pasukan-pasukan ini adalah Red Bull KTM Factory Racing dan Red Bull KTM Tech 3 Racing.
Jentera perlumbaan Moto2 MV Agusta F2 telah diperkenalkan semalam. Ianya akan menggunakan casis MV Agusta bersama dengan enjin Moto2 Triumph. Penunggangnya terdiri daripada Stefano Manzi dan Dominique Aegerter, setelah pemecatan Romano Fenati.
Alpinestars telah mengeluarkan jawapan mereka mengenai kes Mahkamah Rayuan Munich. Mahkamah berkenaan telah membuat keputusan yang memihak dengan Dainese. Alpinestars tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak mencabuli hak paten Dainese.