Marc Marquez sedang menjalani tempoh pemulihan enam minggu selepas menjalani pembedahan pada bahu kirinya. Pakar bedah MotoGP, Dr. Xavier Mir kagum dengan bagaimana penunggang berkenaan berjaya memenangi kejohanan dengan kecederaan pada bahu kirinya itu. Sesi ujian pra musim HRC akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
LG Electronics (LG) bersama Microsoft telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman untuk meningkat dan mengembang perniagaan sistem kenderaan autonomi dan ‘infotainment’. Di bawah terma perkongsian tersebut, LG akan mempercepat transformasi platform digital yang sedia ada untuk industri kenderaan dimana ia dilihat sebagai enjin kemajuan utama bagi syarikat itu dalam memanfaatkan teknologi Microsoft’s Azure cloud dan juga…
Honda telah memfailkan paten bagi teknologi ‘variable valve timing’ (VVT) baharu mereka. Adakah teknologi ini bakal dilengkapkan pada model CBR1000RR Fireblade baharu mereka? VVT menawarkan kuasa dan juga pematuhan kepada piawaian emisi.
Harley-Davidson telah menunjukkan minat mereka untuk menerajui segmen motosikal elektrik. Moped dan skuter elektrik mereka kelihatan seperti lakaran konsep yang telah muncul pada tahun lalu. Model-model ini masih dalam peringkat prototaip.
Automobili Lamborghini telah melancarkan varian Lamborghini Huracán terkini mereka iaitu Lamborghini Huracán EVO 2019 baru. Kereta sukan super V10 generasi terkini didatangkan dengan kehebatan dan prestasi Huracán Performante yang menggabungkan elemen dinamik generasi dan aerodinamik masa depan.
Model Harley-Davidson LiveWire 2020 akan disediakan bermula Ogos 2019. Ianya merupakan motosikal elektrik pertama keluaran Motor Company berkenaan. Motosikal ini tampil dengan pelbagai ciri teknologi baharu.
Perhatian kepada semua peminat pelumba Formula 1 Michael Schumacher! Sempena sambut hari kelahiran beliau yang ke-50, Muzium Ferrari telah membuka sebuah pameran istimewa iaitu ‘Michael 50’. Pelumba F1 tersohor yang berasal dari Germany telah diberi penghormatan di muzium yang terletak di Maranello, Italy dimana beliau telah memberi kemenangan terunggul Ferrari iaitu 5 kejuaraan berturut-turut dari…
Motosikal elektrik Lightning LS-218 merupakan motosikal pengeluaran terpantas dunia. Ia telah mencecah kelajuan 351km/j di Bonneville Speedweek pada tahun 2010. Ia juga telah berjaya mencatat masa pusingan 20 saat lebih pantas di hadapan Ducati Multistrada 1200 di Pikes Peak International Hill Climb pada tahun 2013.
Model Suzuki GSX-750 merupakan cetakan biru bagi motosikal superbike moden. Namun, dengan pemansuhan piawaian Euro4, menghalangnya dan model GSX-R600 daripada dijual di Jepun dan Eropah. Buat masa ini, tiada pengganti yang telah diaturkan bagi kedua-dua buah model ini.