Honda E Prototype Bakal Tawan Pasaran Eropah

Honda menampilkan buat julung kalinya model Honda e Prototype di Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2019, hari ini.

Geneva bakal menjadi medan di mana Honda bakal mengumumkan visi mereka dalam melahirkan kenderaan elektrik selepas membuat pengumuman bakal beralih kepada penghasilan kenderaan eletrik secara 100 peratus di Eropah menjelang 2025.

Honda e Prototype menjadi bukti pengeluar kereta Jepun itu serius dalam penghasilan kenderaan elektrik.

Memiliki reka bentuk kompak bagi memenuhi gaya hidup moden, Honda e Protoype merupakan kombinasi di antara reka bentuk unik dan berteknologi tinggi.

Honda menjelaskan bahawa kenderaan elektrik itu mampu bergerak sejauh 200km dan memiliki keupayaan ‘fast charging’ apabila mampu mencapai 80 peratus cas dalam tempoh 30 minit sahaja.

Slot tempahan akan dibuka secara rasmi di pasaran terpilih sekitar Eropah pada pertengahan tahun ini. Bagaimanapun, pelanggan boleh mendaftar di laman sesawang Honda bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sementara itu, Honda turut mempamerkan CR-V Hybrid serba baru serta varian HR-V Sport. Honda turut akan menampilkan beberapa model motosikal terbaru di samping dua jentera Formula 1.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]