Model Suzuki Akan Datang Mungkin Lebih Mudah Dikesan Oleh Radar

  • Suzuki mungkin akan melengkapkan lebih banyak pemantul radar pada model mereka yang akan datang.
  • Ini menjadikan motosikal lebih mudah dikesan oleh radar pada kenderaan berautonomi.
  • Ducati dan KTM juga dalam usaha melengkapkan radar pada motosikal mereka.

Sedarkah anda bahawa kereta berautonomi telah pun ada dalam pasaran? Atas sebab inilah Suzuki ingin membuatkan motosikal akan datang mereka lebih mudah untuk dikesan oleh radar, lapor Australian Motorcycle News.

Sebuah ‘kereta berautonomi” bermakna ianya boleh “pandu kendiri”. Ia bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk memegang stereng dan pedal brek. Seperti kereta Volvo XC70 yang pernah kami pandu uji sebelum ini, kereta tersebut mengenal pasti jalan raya dan juga kenderaan lain. Ia secara automatiknya akan memandu arah melalui selekoh panjang dan memperlahankan kelajuan mahu pun berhenti sekiranya ada kenderaan lain yang berada di hadapannya.

Bagaimana pun, ia menghadapi sedikit masalah mengenal pasti motosikal. Motosikal secara amnya mempunyai keratan rentas yang lebih kecil dan lebih lincah berbanding kereta sedan yang biasa. Dan dengan itu, radar yang dipasang pada kereta berautonomi ini mungkin menghadapi masalah untuk mengenal pasti motosikal.

Oleh kerana itu, Suzuki ingin memasang lebih banyak pemantul radar pada motosikal mereka. Ia berfungsi bertentangan dengan cara pemesong radar yang ada pada jet pejuang ‘stealth’, yang berfungsi atas prinsip memesong dan/atau menyerap gelombang radar.

Pemantul ini adalah sebuah ciri yang dipasang, dan ianya tidak menggunakan kuasa.

Suzuki bukanlah satu-satunya pengeluar yang sedang mengusahakan penyelesaian bagi masalah radar ini. Ducati turut menjanjikan model yang dilengkapi radar menjelang tahun 2020, begitu juga dengan KTM. Pengeluar komponen elektronik kenderaan, Bosch, juga dilaporkan sedang membangunkan produk untuk sistem radar bahagian hadapan dan belakang.

Sumber Australian Motorcycle News

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.