Ducati telah memperoleh margin keuntungan sebanyak 7% bagi tahun 2018. Keuntungan itu diperolehi meskipun ketika kemerosotan global sebanyak 2.7% bagi pasaran motosikal melebihi 500cc dan kejatuhan sebanyak 9% bagi pasaran Amerika Syarikat. Walaupun hasilnya berkurangan, pengeluar berkenaan berjaya menggantikan kerugian dengan penjualan model bermargin lebih tinggi seperti Panigale.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Ricardo Domingos telah menunggang sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000RR dalam perlumbaan Baja Rally Portugal. Meskipun dia tidak memenangi perlumbaan tersebut, dia berjaya menewaskan sebahagian besar pesaing. Perlumbaan rali Baja Portugal ini menyaksikan para pesaing berentap untuk melakukan catatan masa terpantas.
Kebelakangan ini, isu kereta terbang menjadi perbualan orang ramai dengan rata-rata berpendapat teknologi itu tidak sesuai diguna pakai buat masa ini apatah lagi dengan harga yang hampir pasti diluar kemampuan rakyat Malaysia. Dikhabarkan proses penghasilan kereta terbang masih lagi berada di peringkat awal tetapi bagi sebuah syarikat berpengkalan di California, tumpuan mereka terarah kepada penghasilan…
Harga bagi model Suzuki Katana 2019 telah didedahkan di UK. Model Katana yang asal telah merevolusikan reka bentuk motosikal. Persoalannya, bilakah ia akan tiba di Malaysia?
Saingan sulung kejuaraan MotoE, yang dirancang akan bermula pada Mei ini mungkin terpaksa ditangguhkan apabila 18 jentera motosikal elektrik hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di Litar Jerez, Sepanyol, malam tadi. Kebakaran tersebut tercetus dibahagian garaj sementara yang menempatkan kesemua 18 jentera Energica Eco yang diijadualkan untuk melalui sesi ujian kedua. MotoE – yang dijadualkan…
Menyambut baik rekaan kereta terbang yang disebut bakal tiba dalam masa akan datang, Goodyear memperkenalkan tayar konsep AERO – tayar dua dalam satu – yang direka khas untuk kereta terbang. Konsep terbaru ini dilaporkan akan bertindak sebagai tayar konvensional (di atas jalan raya) dan kipas (untuk penerbangan). Ketua Pegawai Teknologi Goodyear, Chris Helsel berkata syarikat…
Terdapat ramai peminat Ford Mustang di Malaysia dan juga seluruh dunia yang berminat dengan gabungan reka bentuk ikonik jentera ‘muscle car’ dan prestasi unggul dari Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, ramai juga yang sedang menanti pelancaran Shelby GT500 2020 yang dikatakan model paling canggih dan berkuasa dalam sejarah.
Empat buah pengeluar telah mengeluarkan bantahan terhadap Ducati kerana menggunakan ‘winglet’ tayar belakang sewaktu pusingan MotoGP Qatar. Mereka berpendapat bahawa ianya menghasilkan ‘downforce’ untuk roda belakang. Ducati tetap bertegas bahawa yang ianya adalah untuk menyejukkan tayar.
Kemunculan sebuah motosikal terbang telah mengemparkan warga Thailand. Kejadian ini berlaku apabila sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan tidak semena-mena tersangkut pada kabel elektrik. Kemalangan itu telah berlaku di wilayah Surin.