Suzuki GSX-R1000RR Dibawa Dalam Sebuah Perlumbaan Rali

  • Ricardo Domingos telah menunggang sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000RR dalam perlumbaan Baja Rally Portugal.
  • Meskipun dia tidak memenangi perlumbaan tersebut, dia berjaya menewaskan sebahagian besar pesaing.
  • Perlumbaan rali Baja Portugal ini menyaksikan para pesaing berentap untuk melakukan catatan masa terpantas.

Apakah perkara pertama yang anda perlu ada untuk bertanding dalam perlumbaan rali motosikal? Sudah semestinya sebuah motosikal ‘offroad’ bukan? Jadi, apa yang motosikal Suzuki GSX-R1000RR ini buat dekat sini?

Penunggang lagak ngeri kelahiran Portugal, Ricardo Domingos, jelas sekali mempunyai idea yang berbeza apabila dia bertanding dalam perlumbaan Baja 500 versi Portugal. Menurut, Ricardo, apa yang dia perlukan hanyalah tayar ‘offroad’ yang ‘knobby’, serta palang pemegang yang lebih tinggi bagi membolehkannya untuk berlumba. Tidak lupa juga sedikit pemetaan semula enjin bagi menghasilkan lebih banyak tork dan bukannya kuasa kuda semata-mata.

Dia kemudiannya telah menyertai kelas amatur dalam rali Baja 500 Portalegre, menamatkan perlumbaan di tempat yang ke-24, daripada 70 orang peserta. Jika anda ambil kira jumlah keseluruhan peserta, ianya keputusan yang agak baik, memandangkan dia telah menewaskan 46 orang penunggang yang lain yang menunggang motosikal ‘offroad’.

Perlumbaan Baja 500 (500 di sini adalah jarak perlumbaan, 500 batu) yang asal telah diadakan di Semenanjung Baja, California di benua Amerika. Ia terdiri daripada beberapa buah kategori yang berbeza untuk kereta, trak, bugi, dan juga motosikal. Para peserta akan berlumba merentasi padang pasir bagi mencatatkan masa yang terpantas.

Perlumbaan Baja Portugal pula, telah mula dipertandingkan sejak tahun 1987. Ia telah dicipta oleh José Megre, bekas pelumba yang pernah bersaing dalam perlumbaan rali Paris-Dakar. Ianya kini merupakan sebahagian daripada Rally World Cup.

Saksikanlah video Domingos beraksi dengan motosikal Gixxernya di bawah. Video ini diambil dari EnduroPro Magazine.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.