5 Benda Wajib Ada Jika Menunggang Di Musim Panas!

Advertisements

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah pun mengumumkan bahawa negara kita sedang dilanda musim panas sehingga akhir bulan ini.

Bagi mereka yang memandu kereta, cuaca panas bukan satu masalah kerana apa yang perlu dilakukan hanyalah memetik suis penghawa dingin lantas selesai segala masalah.

Bagaimanapun, lain kisahnya bagi seorang penunggang motosikal yang terpaksa menghadapi cuaca panas secara langsung. Jadi untuk menangani isu ini, kami mencadangkan enam gear terbaik yang boleh membantu mengatasi pemanduan dalam musim panas.

1) Helmet dengan ruang pengudaraan

Setiap penunggang motosikal wajib pakai helmet tetapi ketika musim panas, disyorkan untuk menyarung helmet yang memiliki ruang pengudaraan yang banyak. Lebih banyak saluran pengudaraan lebih baik ini kerana ia membantu dalam menyalurkan angin sejuk di bahagian dalam helmet. Selain itu, elakkan juga memakai helmet berwarna hitam!

2) Baju polyester

Baju ini dapat mengatasi masalah peluh dengan menyerap sebarang kelembapan di bahagian kulit. Selain itu, ia turut membantu melindungi tubuh badan daripada sinaran ultraviolet berbahaya.

3) Jaket penyejuk

Jika mempunyai bajet ekstra, disarankan untuk membeli jaket penyejuk yang boleh didapati secara atas talian. Seperti namanya, ia bertindak untuk mengatasi suhu panas sekaligus memastikan tunggangan anda selesa dan sejuk.

4) Elakkan memakai jaket kulit

Jaket kulit sememangnya tampak bergaya tetapi tidak sesuai untuk dipakai ketika musim panas. Ini kerana, jaket kulit tidak memiliki ruang pengudaraan lantas mampu menyebabkan badan berdepan kepanasan yang melampau.

5) Botol air

Menunggang dalam musim panas cukup membahayakan apabila tubuh badan mengeluarkan lebih banyak air peluh di luar kebiasaan dan sekiranya kurang minum air, kita berisiko untuk mengalami strok haba. Jadi pastikan untuk membawa sebotol air minuman!

Peringatan kepada setiap penunggang motosikal yang bercadang untuk berjalan jauh terutamanya hujung minggu ini, pastikan minum banyak air dan disarankan untuk memmulakan perjalan anda di waktu pagi.

Selamat menunggang!