Baru-baru ini, Benelli membuat kejutan apabila mendedahkan bakal memperkenalkan beberapa model baharu tahun ini antaranya TRK800, 600RR dan 600GT. Bagaimanapun, jenama motosikal Itali itu – meskipun dikilangkan di Wenling, China – dikhabarkan akan menghasilkan sebuah motosikal jenis touring yang tampak seiras dengan BMW RT1250. Menggunakan enjin 1200cc, model baharu ini – yang dilabelkan sebagai QJ1200-3…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
BMW membuat keputusan untuk menamatkan pengeluaran model i8 bermula April ini bagi memberi fokus pada model elektrik lain. Perkara itu disahkan sendiri jurucakap BMW menerusi Autocar. Difahamkan, BMW akan mengalihkan fokus pengeluaran kereta elektrik terhadap model lebih ‘mainstream’ antaranya iX3 crossover, i4 fastback dan iNext crossover. Bagaimanapun, BMW memberi masa sehingga hujung Februari untuk membuat…
Seorang ayah bersama anaknya, yang terlalu meminati sebuah kereta jenis Lamborghini Aventador telah membuat keputusan untuk membina model kereta terbabit secara DIY. Diberi nama AXAS Interceptor, Sterling Backus bersama anaknya Xander, telah berhempas pulas bagi menghasilkan kereta idaman di dalam garaj rumah mereka sendiri. Kereta terbabit menggunakan kerangka tubular sementara panel lain dihasilkan menerusi cetakan…
Nissan 370Z yang membuat penampilan dalam filem kelima Fast & Furious milik Paul Walker merekodkan penjualan tertinggi bagi model itu di sebuah pusat lelongan. Model 2009 itu merekodkan penjualan USD105,600 (RM428,218)185 ketika di tapak lelongan Barrett-Jackson Scottsdale 2020. Bagaimanapun, kereta milik Paul Walker itu tampil dengan rekaan berbeza dalam filem terbabit dan dipandu pelakon wanita,…
Baru-baru ini beberapa imej yang memaparkan sebuah motosikal Dominar sedang menjalani sesi ujian di India. Apa yang menarik, jentera yang menjalani ujian itu mungkin tampak seperti Dominar D400 namun selepas penelitian, model tersebut menampilkan tayar yang lebih kurus sementara bahagian swingarm juga berbeza. Jadi persoalannya, adakah Dominar D400 akan diperkenalkan dalam versi 250cc? Di Malaysia,…
BMW merekodkan penjualan terbaik bagi tahun 2019 dengan lebih 135,829 unit kenderaan berprestasi tinggi berjaya dijual. Keputusan ini meletakkan BMW Group sebagai peneraju syarikat paling berjaya bagi tahun sama. Sementara itu, 2019 turut merekodkan permintaan tinggi bagi model M Sport dan kelengkapan tambahan daripada BMW Individual. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW M GmbH, Markus Flasch,…
Merujuk kepada definisi yang boleh didapati dari Dewan Bahasa dan Pustaka, gila bererti tidak sihat fikiran, sakit otak, tidak seperti biasa dan tidak dapat diterima akal. Definisi ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan pendekatan yang diambil para jurutera jenama motosikal Itali paling popular di dunia dalam menghasilkan V4 versi Superleggera. Menggunakan Ducati Panigale V4R sebagai…
Pelumba Portugal, Paulo Goncalves, telah meninggal dunia ketika mengalami kemalangan di peringkat ketujuh perlumbaan Rali Dakar di Arab Saudi, semalam. Menurut pihak penganjur, pelumba berusia 40 tahun itu – yang membuat penampilan ke-13 sejak kali pertama menyertai perlumbaan itu pada 2006 – mengalami kemalangan 276 kilometer setelah berlepas dari Riyadh menuju ke Wadi Al Dawasir….
Geely telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Aston Martin bagi menyuntik bantuan kewangan terhadap pengeluar kereta premium mewah itu. Tindakan itu dilihat sebagai langkah pertama bagi Geely – yang turut memiliki Lotus dan Volvo – memiliki pegangan dalam syarikat berpangkalan di United Kingdom tersebut. Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa suntikan kewangan terbabit menjurus kepada perkongsian teknologi dan…