Dua Beranak Bina Aventador Secara DIY, Lamborghini Hantar Model Sebenar!

Seorang ayah bersama anaknya, yang terlalu meminati sebuah kereta jenis Lamborghini Aventador telah membuat keputusan untuk membina model kereta terbabit secara DIY.

Diberi nama AXAS Interceptor, Sterling Backus bersama anaknya Xander, telah berhempas pulas bagi menghasilkan kereta idaman di dalam garaj rumah mereka sendiri.

Kereta terbabit menggunakan kerangka tubular sementara panel lain dihasilkan menerusi cetakan 3D dan digabungkan dengan gentian karbon.

Ruang dalam menggabungkan beberapa bahagian kereta lain dan komponen ‘aftermarket’ manakala, enjin diambil dari Corvette sementara transaxle dari Porsche 996.

Bagaimanapun, apa yang menarik, matlamat mereka berdua telah dihidu Lamborghini yang menghubungi Backus.

Jenama pengeluar kereta sport premium mewah itu telah menyelinap masuk sebuah Aventador yang sebenar di waktu malam dengan bantuan Backus dan memberi kejutan kepada Xander dan ahli keluarga lain pada keesokan harinya!

Lamborghini turut membenarkan keluarga Backus untuk memilikinya selama beberapa minggu!

Saksikan rakaman video di bawah:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply