234hp, Ducati V4 Superleggera Definisi Gila Yang Sebenar

Advertisements

Merujuk kepada definisi yang boleh didapati dari Dewan Bahasa dan Pustaka, gila bererti tidak sihat fikiran, sakit otak, tidak seperti biasa dan tidak dapat diterima akal.

Definisi ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan pendekatan yang diambil para jurutera jenama motosikal Itali paling popular di dunia dalam menghasilkan V4 versi Superleggera.

Menggunakan Ducati Panigale V4R sebagai platform utama, maka lahirlah Ducati V4 Superleggera yang kini menjana 234hp.

Menariknya, kerja gila ini berjalan di bawah nama Projek 1708 dan baru-baru ini setiap Ducatisti telah menerima hantaran email secara langsung daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicalli, yang memaklumkan tentang sebuah superbike baharu.

Tidak lama kemudian, beberapa info spesifikasi dan gambar turut disebarkan di internet yang memaparkan harga USD100,000 (RM406,960) di samping beberapa info menarik lain antaranya:

  • 224hp pada 15,250 rpm
  • 115Nm pada 11,750 rpm
  • 152kg
  • winglet bi-plane menawarkan 50kg downforce
  • rim gentian karbon
  • kerangka gentian karbon

Menurut imej terbabit, jentera akan mula diedarkan sekitar bulan Mei tahun ini namun dijangka kurang 500 unit akan ditawarkan kepada orang ramai.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.