Benelli Bakal Perkenalkan Jentera Grand Touring 1200cc

Advertisements

Baru-baru ini, Benelli membuat kejutan apabila mendedahkan bakal memperkenalkan beberapa model baharu tahun ini antaranya TRK800, 600RR dan 600GT.

Bagaimanapun, jenama motosikal Itali itu – meskipun dikilangkan di Wenling, China – dikhabarkan akan menghasilkan sebuah motosikal jenis touring yang tampak seiras dengan BMW RT1250.

Menggunakan enjin 1200cc, model baharu ini – yang dilabelkan sebagai QJ1200-3 – didakwa menghasilkan 134hp dan dijangka akan diperkenalkan di EICMA, hujung tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang disebarkan, jentera terbabit berkemampuan mencapai kelajuan maksima sekitar 220km/j.

Difahamkan, jentera ini akan dipasarkan pada 2021.

Adakah rakyat Malaysia akhirnya akan mendapat sebuah jentera segmen GT namun dengan harga mampu milik berbanding yang ditawarkan jenama lain?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.