MotoGP: Musim 2020 Mungkin Berlangsung Julai Tapi Hanya Di Eropah

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta sedang meneliti perancangan menyelamatkan MotoGP musim 2020 bermula dari Julai hingga November. Ezpeleta mendedahkan bahawa perancangan itu bakal melibatkan perlumbaan di Eropah sahaja. Aksi MotoGP terkandas susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekaligus memaksa Dorna menggaru kepala dalam usaha membuka tirai aksi musim ini. Sementara itu, penganjur…

Triumph Bagi Pinjam Tiger 800 Kepada Mangsa Kecurian Motosikal

Seorang petugas barisan hadapan di United Kingdom telah menjadi mangsa kes kecurian apabila motosikal jenis Triumph Sprint 995i dilarikan. Ian Evans yang bertugas selaku saintis di National Health Service (NHS) memuat naik info kecurian motosikalnya di laman Twitter. Menyedari perkara itu, Triumph Motorcycle UK menghubungi Ian dan membuat keputusan untuk meminjamkan sebuah Triumph Tiger 800…

Valentino Rossi Belum Merancang Untuk Bersara

Valentino Rossi mengesahkan akan terus berlumba sehingga musim 2021 sekiranya perlumbaan tahun ini tidak diteruskan. Pelumba berusia 41 tahun itu bakal digantikan Fabio Quartararo di Yamaha Factory memasuki 2021 namun berpeluang untuk terus beraksi bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT) menggunakan jentera Factory Specs sebelum menamatkan karier. Pada awalnya, Rossi merancang untuk menggunakan beberapa pusingan…

Iannone Akui Menyesal Tinggalkan Ducati Pada 2016

Pelumba MotoGP Aprilia Racing Team, Andrea Iannone, yang kini digantung 18 bulan susulan gagal ujian doping mengakui menyesal meninggalkan Ducati pada 2016. Pengakuan itu dibuat ketika sesi soal jawab bersama Max Biaggi di laman sosial Instagram. “Jika ada satu perkara yang saya dapat ubah, saya tidak sepatutnya meninggalkan Ducati. “Musim 2015 dan 2016 cukup baik…

Brixton Bakal Memperkenalkan Jentera 1200cc

Brixton Motorcycles akan melancarkan jentera 1200cc untuk pasaran dunia. Meskipun dihasilkan di China namun rekaan dan pembangunan model baru itu dijalankan di Krups, Austria oleh KSR Group pemilik syarikat Brixton. Difahamkan, motosikal terbabit akan dijenamakan sebagai KSR Moto untuk pasaran Eropah. Brixton mendedahkan jentera 1200cc buat julung kalinya di EICMA tahun dan kini hampir pasti…

Tuang Pasir Nak Sekat Pergerakan, Skate Park Kini Jadi Tumpuan Dirt Bike

Usaha California untuk menguatkuasakan sekatan pergerakan dengan menuang pasir di taman papan luncur terkenal tidak menjadi apabila kini menjadi tumpuan peminat dirt bike. Ralph Skate Court di San Clemente, California menjadi tempat lepak popular dikalangan anak muda California. Dalam usaha bandar itu menguatkuasakan sekatan pergerakan, masih ramai yang mengendahkan perintah tersebut dan melepak di taman…

Hanya Duduk Rumah Sejak Kembali Dari Qatar – KIP

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi hanya menghabiskan masa di rumah sejak kembali dari GP Qatar. Sejak pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu kembali dari Qatar, dunia telah memulakan langkah sekatan pergerakan termasuk Malaysia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, itu tidak menyekat Khairul Idham daripada memastikan tubuh badan berada dalam keadaan terbaik. “Saya menjalankan latihan…

Popular Di China, Honda CBF190R Bakal Dipasarkan Di India

Selepas Honda CBF190R mencatatkan populariti di China, jentera itu dilaporkan akan dipasarkan di India. Perkara itu disahkan apabila pengeluar motosikal Jepun itu memfailkan paten CBF190R di India. Honda CBF190R sebelum ini hanya eksklusif untuk pasaran China termasuk CBF190X dan beberapa model 190 lain. Honda CBF190R merupakan motosikal jenis naked yang menawarkan enjin 184cc satu silinder…

Brembo Derma RM4.7 Juta Ke Tabung Covid-19 Itali

Bagi meringankan beban Itali dalam menangani pandemik Covid-19, Brembo telah menyalurkan bantuan sebanyak EUR1 juta (RM4.7 juta). Dana itu dibahagiakan kepada tiga pusat perubatan, Fondazione per la Ricerca Ospedale di Bergamo, Hospital Papa Giovanni XXIII dan Institut Mario Negri. Ibu pejabat Brembo terletak di Bandar Bergamo, utara Itali dan merupakan antara daerah yang terkesan teruk…