Tuang Pasir Nak Sekat Pergerakan, Skate Park Kini Jadi Tumpuan Dirt Bike

Usaha California untuk menguatkuasakan sekatan pergerakan dengan menuang pasir di taman papan luncur terkenal tidak menjadi apabila kini menjadi tumpuan peminat dirt bike.

Ralph Skate Court di San Clemente, California menjadi tempat lepak popular dikalangan anak muda California.

Dalam usaha bandar itu menguatkuasakan sekatan pergerakan, masih ramai yang mengendahkan perintah tersebut dan melepak di taman terbabit seperti biasa.

Bagi membendung aktiviti sosial dan memastikan penjarakan sosial dipatuhi, California telah mengisi taman terbabit dengan 37 tan pasir dalam menyekat peminat papan luncur bermain di situ.

Bagaimanapun, taman tersebut kini menjadi tumpuan peminat dirt bike.

Menurut laporan CNN, beberapa penunggang dirt bike dilihat mengambil peluang itu untuk berseronok.

Connor Ericsson, content creator bersama Buttery Films memuat naik aksinya bersama rakan lain di taman papan luncur tersebut di laman Instagram.

“Tiada sekatan apabila lebih 500 orang berada di Walmat pada satu masa tetapi untuk kanak-kanak berada di taman papan luncur disebabkan bosan berada di rumah adalah satu kesalahan?” katanya.

Meskipun mengakui memahami situasi pandemik yang melanda Amerika Syarikat ketika ini namun dia berasakan tindakan menuang pasir di taman papan luncur itu sebagai melampau.

Sementara itu, pihak kerajaan San Clemente dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa aktiviti fizikal dan menghirup udara segar adalah penting tetapi lebih mustahak untuk menghentikan penularan Covid-19.

Setakat ini, Amerika Syarikat telah pun merekodkan 849, 092 kes positif dengan 47,681 kematian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]