Pusat Servis Hyundai Kembali Beroperasi

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kembali mengoperasikan pusat servis bermula 20 April lalu.

Sehingga kini, kesemua SDAH pusat servis Hyundai telah pun kembali beroperasi.

Bagaimanapun, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua pusat servis beroperasi pada kadar minima sementara servis hanya dijalankan mengikut janji temu.

Pada masa sama, bagi menjaminkan keselamatan, kesemua pusat servis turut menjalankan disinfeksi secara kerap termasuk saringan suhu badan kepada staf dan pelanggan di pintu masuk.

Bagi yang mahu membuat janji temu, pelanggan perlu menghubuni pusat servis Hyundai terdekat yang terletak di:

  • Ara Damansara, Petaling Jaya – 03-7628 2500
  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur – 03-7984 5388
  • Ipoh, Perak – 05-2533 399
  • Georgetown dan Prai, Pulau Pinang – 04-2811 210
  • Skudai, Johor – 07-2340 714

Waktu operasi dihadkan dari 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hngga Jumaat dan 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi hari Sabtu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.m atau hubungi khidmat pelanggan di 1300-13-200.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

https://www.youtube.com/watch?v=brtiSzBnp0s?autoplay=1

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply