Category: aprilia
Aleix Espargaro telah mengesahkan bahawa dia akan kekal bersama pasukan Aprilia Racing Team Gresini untuk dua musim yang akan datang. Satu kontrak dua tahun yang baru telah ditandatangani menandakan penunggang kelahiran Sepanyol itu akan terus mengemudi Aprilia RS-GP sehingga hujung musim 2020. Tiada sebarang berita mengenai siapakah yang bakal menjadi penunggang kedua Aprilia.
Motosikal Aprilia RSV4 RF LE adalah motosikal pertama dalam dunia yang telah dilengkapi dengan reraup aero. Reka bentuknya telah mengambil inspirasi dari motosikal projek MotoGP mereka, iaitu Aprilia RS-GP Hanya 125 buah unit sahaja yang akan dihasilkan bagi pasaran Amerika Utara dengan harga $24,499 (sekitar RM95,484).
Jentera perlumbaan Aprilia RS-GP 2018 baru sahaja dilancarkan baru-baru ini bersama dengan penunggang mereka bagi musim 2018, Aleix Espargaro dan Scott Redding. Aldo Drudi dari Drudi Performance adalah orang yang bertanggungjawab di atas skema warna serba Itali pada jentera yang baru tersebut. Evolusi terkini jentera RS-GP yang baru ini terdiri daripada kerangka, kotak udara, sistem…
Aprilia mempersembahkan jentera berkapasiti 150cc kepada dunia di acara Delhi Auto Show dengan membawakan RS150 dan Tuono 150. Aprilia RS150 merupakan jentera sukan dengan reraup penuh, manakala Tuono 150 hadir dengan gaya jalanan tanpa reraup.
Musim 2018 WorldSBK akan diperkemaskini dengan peraturan baru seperti membenarkan pasukan menggunakan ‘komponen aerodinamik’ pada motosikal perlumbaan mereka. Namun ianya datang dengan syarat, iaitu sebarang komponen aerodinamik mestilah disediakan dahulu untuk motosikal yang telah dihomologasikan. Dunia motosikal superbike pengeluaran pada tahun 2019 pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya pasukan dalam siri WorldSBK mematuhi peraturan…
Motosikal Aprilia RSV4 RF Factory Works 2018 terbaru yang akan tiba pada tahun hadapan akan dilengkapi dengan beberapa buah teknologi MotoGP, terutamanya winglet. Dijana oleh enjin 999.6cc, sejukan cecair, DOHC, motosikal RSV4 RF Factory Works ini menghasilkan 215hp dengan bantuan omboh, kepala silinder, ECU dan ekzos perlumbaan yang baru. Hampir 10kg berat tambahan telah dikurangkan…