Aprilia kini tampil dengan kemaskini bagi rangkaian V4 2019 mereka. Motosikal Tuono V4 1100 Factory akan dilengkapkan dengan suspensi elektronik Öhlins baharu. Model RSV4 RR akan dilengkapkan dengan perubahan kosmetik.
Category: aprilia
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Pemilik Aprilia di Malaysia telah menikmati satu hari yang cukup menyeronokkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Didi Resources, pengedar rasmi baharu jenama tersebut, telah menganjurkan satu hari litar, seperti mana yang telah dijanjikan. Pelbagai model motosikal Aprilia telah turun ke litar.
Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu. Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai. Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.
Didi Resources, pengedar rasmi bagi jenama Aprilia dan Moto Guzzi, dan juga beberapa jenama yang lain, akan menganjurkan satu hari litar pada 9 September 2018. Akan ada dua kategori yang akan disediakan, satu untuk motosikal Aprilia dan satu lagi untuk motosikal moden klasik dalam kategori “Modclass”. Anda boleh menyewa sut perlumbaan di litar, namun, anda…
Max Biaggi telah memenangi lima daripada enam kejuaraan dunianya dengan Aprilia. Juga dikenali dengan gelaran “The Roman Emperor”, dia merupakan salah seorang penunggang yang telah menjulang jenama tersebut, ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana penunggang yang lain. Dan oleh kerana itu, jenama dari Itali tersebut telah melantiknya sebagai Duta Global mereka.
GB Workshop telah mengumumkan yang mereka telah bersedia untuk menerima kunjungan motosikal Aprilia bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja membaiki. Bengkel berkenaan telah dilengkapi dengan peralatan terkini termasuklah “Piaggio Advanced Diagnostics System”. Bengkel ini dikendalikan dan adalah milik Didi Resources Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar Aprilia di Malaysia.