Khabar Angin Mengenai Motosikal Supersport Kelas Pertengahan Dua Silinder Aprilia Tampak Semakin Benar

Enjin Aprilia dua silinder? – Sumber imej: Asphalt & Rubber

  • Aprilia tidak mempunyai sebarang jentera dalam segmen supersport kelas pertengahan.
  • Khabar angin mengatakan yang ada kemungkinan pengeluar berkenaan sedang membangunkan enjin dua silinder.
  • Enjin yang baharu itu mungkin sekali berdasarkan enjin motosikal superbike RSV4 semasa.

Jika ada sebuah pengeluar yang ketara tiada dalam segmen supersport kelas pertengahan, ianya Aprilia. Ya, betul, pengeluar yang bertapak di Noale itu ada sebuah motosikal (V-Twin) dua silinder, Shiver 900, namun, ianya adalah sebuah motosikal lumba naked yang bermula sebagai 750 pada tahun 2007.

Asphalt & Rubber telah melaporkan yang jabatan kajian dan pembangunan Aprilia sedang membangunkan sebuah motosikal supersport dua silinder. Ia juga dipercayai bahawa pengeluar tersebut akan menanggalkan dua silinder belakang pada enjin RSV4, menjadikannya sebuah enjin ‘parallel-Twin’.

Enjin ‘parallel-Twin’ lebih padat saiznya dan lebih mudah dirumahkan dalam kerangka kecil yang sempit, bagi menjadikannya sebuah jentera yang kompak. Kerangka dan casis yang kompak adalah sesuau yang sudah pasti, memandangkan ia sebuah motosikal supersport. KTM juga telah menggunakan laluan ini dengan menambah satu lagi silinder pada enjin satu silinder 690 Duke, melahirkan enjin ‘parallel-Twin’ LC8c dalam motosikal 790 Duke yang baharu.

Bagaimana pun, jika enjin Aprilia ini tidak berhasil, ianya sudah pasti bukan sebuah enjin 500cc, kerana segmen kelas pertengahan yang ‘baharu’ bagi enjin dua silinder telah bertukar kepada 800cc.

Anda juga mungkin pernah ingat yang ianya Aprilia yang telah memperkenalkan bantuan penunggang APRC (Aprilia Performance Ride Control) untuk motosikal pengeluaran besar-besaran. Ia sudah pasti tidak berbeza dari segi ini di mana MV Agusta F3 800 akan menjadi motosikal supersport kelas pertengahan pertama yang dilengkapi dengan IMU Inertial Measurement Unit). IMU adalah kelengkapan utama kawalan cengkaman sensitif sudut condong dan juga ABS (selain bantuan penunggang yang lain).

Atur cara APRC yang dipaparkan pada paparan TFT Aprilia RSV4

Mempunyai sebuah enjin kelas pertengahan terbaru juga satu perkembangan yang positif buat Aprilia, kerana mereka boleh membangunkan satu rangkaian motosikal yang baharu berdasarkan enjin tersebut sebagai platformnya.

Bila agaknya boleh kita lihat motosikal kelas pertengahan yang baharu dari Aprilia ini? Barang kali sewaktu acara INTERMOT, atau sewaktu pertunjukan EICMA 2019, di mana industri motosikal sedang bersiap sedia untuk pengenalan piawaian emisi Euro5 pada tahun 2020.

Langkah Seterusnya Jenama Aprilia Di Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.