Beberapa portal dilihat rancak menyiarkan khabar berita mengenai kerjasama antara Brabus dan KTM yang mungkin menggunakan Super Duke sebagai asas kepada model gandingan baharu mereka. Spekulasi turut berlegar di ruang internet baru-baru ini setelah dikatakan terdapat beberapa ujian yang berlangsung antara kedua-dua pihak. Namun, misteri akhirnya terungkai apabila laman web rasmi KTM sendiri yang mendedahkan…
Author: Zaid Zainudin
Hujan lebat berterusan dan kerja-kerja pembinaan di sekitar trek Mandalika yang terletak di Pulau Lombok Indonesia, meninggalkan trek yang pertama kali dikunjungi MotoGP itu dalam keadaan kotor. Malah, sesi latihan terpaksa dihentikan selama hampir sejam kerana keadaan trek yang teruk, dengan operasi pembersihan yang panjang dijalankan selama kira-kira 90 minit sebelum sesi disambung semula. Ia…
Triumph Motorcycles baru-baru ini telah mendedahkan model prototaip motosikal elektrik mereka, ‘Project TE-1’. Model ini merupakan penanda aras Triumph menuju ke dalam pasaran e-bike, bersaing dengan jenama seperti Zero Motorcycles, Energica, LiveWire, dan juga Harley-Davidson. Dibangunkan sebagai motosikal elektrik, TE-1 mencatatkan berat kira-kira 220 kg dan hadir dengan rekaan ‘sporty’. Triumph dikhabarkan bakal memberi sentuhan…
Jelas apa yang anda lihat ini adalah mirip sebuah Suzuki Hayabusa GSX 1300 R generasi terakhir yang sebenar. Namun hakikatnya, motosikal ini adalah sebuah produk replika yang dicipta menggunakan jentera model Bajaj Dominar 400. Kisah Bajaj jelmaan Suzuki ini diperoleh dari channel YouTube, Vampvideo dan pujian harus diberi atas hasil kerja-kerja binaan mereka yang cukup…
Transmisi automatik sememangnya menjadi pilihan pengguna kini kerana dilihat lebih praktikal dan efisien berbanding transmisi manual. Namun, masih ada pengeluar yang cuba untuk meyakinkan pengguna dengan inovasi tersendiri terhadap transmisi manual dengan tiga pedal itu. Pengenalan transmisi manual tanpa penggunaan pedal klac adalah inovasi yang digunapakai oleh jenama seperti Hyundai dan Kia. Ford juga dilaporkan…
Seorang pekerja kilang mengalami detik cemas apabila topi keledar miliknya yang diletakkan pada motosikal bertukar menjadi sarang lebah dalam kejadian petang Sabtu (5 Januari) lepas. Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu pekerja berkenaan hendak pulang ke rumah sebelum menyedari situasi itu dan terus bertindak menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah. Pegawai Operasi, Bencana…
Jenama AGV tidak asing lagi dalam dunia pembuatan helmet dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jenama ini mempunyai reputasi yang baik dalam aspek aerodinamik tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna. Malah, helmet buatan AGV diuji di litar lumba dan dibangunkan bersama nama besar seperti Giacomo Agostini dan legenda MotoGP Valentino Rossi. AGV baru-baru ini memperkenalkan Pista…
Yamaha Indonesia baru-baru ini memperkenalkan model skuter NMAX 155 versi 2022 yang hadir dengan tiga varian. Model terbaharu itu datang dengan dua pilihan warna baharu, Matte Green and Metallic Red pada harga bermula:- NMAX 155 Connected versi ABS – Rp 34,800.000 (RM10,119) NMAX 155 Connected versi Standard Upgrade – Rp 31.950.000 (RM RM9,291) NMAX 155…
Tampil dengan rekaan dan grafik yang terkini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan skuter kompak Honda BeAT dengan harga bermula RM5,765. Dengan elemen Sporty dan Moden yang dimiliki, Honda BeAT mampu menarik minat pengguna yang lebih muda dan tidak melupakan aspek utama iaitu sebagai alat pengangkutan yang boleh dipercayai. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan, iaitu…