Suzuki Hayabusa Jadian Ini Asalnya Dominar D400

Advertisements

Jelas apa yang anda lihat ini adalah mirip sebuah Suzuki Hayabusa GSX 1300 R generasi terakhir yang sebenar.

Namun hakikatnya, motosikal ini adalah sebuah produk replika yang dicipta menggunakan jentera model Bajaj Dominar 400.

Kisah Bajaj jelmaan Suzuki ini diperoleh dari channel YouTube, Vampvideo dan pujian harus diberi atas hasil kerja-kerja binaan mereka yang cukup kemas sehingga berjaya memperdayakan ramai peminat permotoran di India.

Menurut perkongsian video, proses ubah suai Bajaj Dominar 400 kepada model generasi terakhir Suzuki Hayabusa GSX 1300 R ini bermatlamat untuk kelihatan sama seperti varian Hayabusa ‘stock’ yang ada di pasaran India.

Bahagian asal motosikal seperti ‘handle bar’ dan ‘console’ telah diubah suai bagi mengikut posisi asal dan rupa sebuah Hayabusa.

Setiap inci motosikal ini kelihatan tulen ditambah dengan kemasan pelekat Suzuki Hayabusa yang menaikkan lagi seri sebuah motosikal ‘stock’.

Manakala, aliran pada bahagian tepi ‘fairing’ dipasang dengan kemas pada ruang fairing hadapan tanpa kelihatan aneh apabila dipadankan bersama lampu utama.

Rim aloi motosikal ini turut disembur dengan cat hitam supaya kelihatan sama seperti sebuah Hayabusa dengan tambahan ‘double disc brake’ pada roda hadapan.

Motosikal ini menggunakan sistem suspensi jenis ‘USD Fork’ di bahagian depan dan ‘monoshock’ di bahagian belakang.

Replika Hayabusa ini dikuasakan dengan enjin Dominar 400 yang mencatatkan kuasa sebanyak 35hp pada 35Nm (tork) dan dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan.

Advertisements