ULASAN CALIFORNIA SUPERBIKE SCHOOL MALAYSIA 2019 Setiap kali kami ke BHP Karak setiap minggu, jelas ternyata terdapat semakin rakyat Malaysia yang telah terjebak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi. Pelbagai jenis dari pengeluar motosikal serata dunia dapat dilihat melayan ‘corner’ di Bukit Tinggi, Genting, Cameron dan banyak lagi.
Author: Sep Irran
Aprilia Malaysia (Didi Resources Sdn Bhd) secara rasminya telah melancarkan model ‘sports bike’ terkini mereka iaitu Aprilia RSV4 1100 Factory. Pelancaran model ini telah dilakukan bersama para pemilik motosikal Aprilia di The Podium Penchala sempena siaran langsung MotoGP pusingan di Germany.
Model Kawasaki Ninja H2 SX SE adalah varian sport tourer bagi platform H2. Pada masa ini, ia merupakan motosikal sport tourer terpantas dan paling berkuasa. Ditetapkan pada harga RM136,900.
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2019 ini mungkin tampak agak mirip pendahulunya, namun, ianya telah menjalani sejumlah rombakan semula. Selain daripada kepala silinder dan ‘valvetrain’, varian SE ini juga dilengkapi dengan suspensi separa aktif elektronik. Ianya sebuah jentera yang hebat untuk jalan raya dan juga di atas litar.
Terdapat ramai peminat Ford Mustang di Malaysia dan juga seluruh dunia yang berminat dengan gabungan reka bentuk ikonik jentera ‘muscle car’ dan prestasi unggul dari Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, ramai juga yang sedang menanti pelancaran Shelby GT500 2020 yang dikatakan model paling canggih dan berkuasa dalam sejarah.
Naza Italia-Maserati baru sahaja melancarkan sebuah SUV edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-10 jenama kenderaan premium ini mula bertapak di Malaysia iaitu Maserati Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit sahaja akan dijual untuk pasaran Malaysia dalam menyambut 10 tahun mereka beroperasi di dalam negara.
Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020.
Pasaran SUV di Malaysia sedang mengalami sebuah ‘letupan’ dimana pelbagai tawaran dari beberapa syarikat pengeluar kenderaan dalam dan luar negara. Tugas untuk memilih kenderaan SUV yang paling sesuai untuk anda kini menjadi lebih sukar dan terdapat pelbagai pilihan menarik dan kami ingin berkongsi pengalaman bersama model yang kurang disebut iaitu Toyota Harrier 2.0T.
PROTON telah memperkenalkan model terkini Proton Persona 2019 yang bakal mengambil alih pasaran kenderaan b-segmen di Malaysia. Seperti mana Proton Iriz 2019 telah dilancarkan pada minggu lepas, generasi ‘facelift’ terkini Proton Persona ini telah melalui 303 perubahan kritikal untuk menghasilkan sebuah pakej yang menarik dengan slogan “Intelligence That Cares”.