Pandu Uji: Toyota Harrier 2.0T Luxury – SUV terhebat di Malaysia?

Pasaran SUV di Malaysia sedang mengalami sebuah ‘letupan’ dimana pelbagai tawaran dari beberapa syarikat pengeluar kenderaan dalam dan luar negara. Tugas untuk memilih kenderaan SUV yang paling sesuai untuk anda kini menjadi lebih sukar dan terdapat pelbagai pilihan menarik dan kami ingin berkongsi pengalaman bersama model yang kurang disebut iaitu Toyota Harrier 2.0T.

Kami di MotoMalaya.net telah diberi peluang untuk memandu uji model Toyota Harrier 2.0T varian ‘Luxury’ untuk beberapa minggu dan sepanjang tempoh tersebut, terdapat beberapa perkara menarik yang kami ingin kongsi bersama berkenaan model ini.

Kita mula dengan harga. Menurut UMW Toyota (Toyota Malaysia la senang cerita), model Harrier yang telah dilancarkan pada tahun 2017 kini sedang ditawarkan pada harga RM266,000 (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat satu lagi varian iaitu Premium pada harga RM243,000. Persoalannya, apa yang anda dapat dengan harga setinggi ini? Adakah ia lebih hebat dari beberapa model tawaran syarikat pengeluar kenderaan dari Eropah yang menawarkan SUV mereka pada harga yang lebih kurang sama?

Dari segi rupa, Toyota Harrier mempunyai gabungan elemen reka bentuk moden dan juga klasik. Dari sudut hadapan, gabungan logo emas burung pemangsa bersama warna White Pearl memberi sebuah imej yang sedikit ‘retro’. Bagi sesetengah pihak, ia bakal menimbul perasaan nostalgik atau rupa dulu kala bagi pihak yang lain.

Inilah dinamakan unsur reka bentuk dinamik dimana model Harrier didatangi dengan beberapa aspek moden di bahagian luar seperti:

  • LED Daytime Running Lights (DRL)
  • Lampu Bi-LED automatik dengang sequential turn signal
  • LED Combination Lamps belakang
  • Rain-sensing wiper
  • Panoramic Moonroof
  • Power Backdoor dengan fungsi memori
  • Rim aloi 18-inci dan banyak lagi

Bak kata mat salleh dari segi rupa luaran “Either you love it or you hate it”. Jika anda tidak begitu minat rupa luaran, kemungkinan ruang kabin mampu mengubah minda anda. Dikemaskan dengan segala aspek yang meningkatkan elemen keselesaan ketika memandu, memang susah untuk kami nafikan bahawa Toyota Harrier 2.0T ini adalah salah satu kenderaan paling seronok dan selesa yang kami pernah uji setakat ini.

Penggunaan kulit jenis Nappa dalam Toyota Harrier ini dilengkapkan lagi dengan ciri-ciri utama industri, yang telah diperbaiki untuk keselesaan dan kemudahan para pengguna. Di saat pertama kami menjejak langkah ke dalam Harrier ini, kami dialu-alukan dengan perasaan premium dan imej kenderaan yang berkualiti tinggi (tambah pula dengan moonroof yang sangat besar, memang rasa kaya walaupun untuk seketika).

Kami tidak mengambil masa yang lama untuk mengalami perasaan gembira ketika memandu lebih-lebih lagi dengan prestasi berkuasa tinggi dari enjin 2.0-liter VVT-iW dengan sistem twin-scroll turbocharger. Hasilnya adalah 230hp dan 350Nm tork maksimum yang memberi pecutan dan kelajuan maksimum tinggi dengan gaya tersendirinya yang selesa dan juga elegan.

Bagi pemandu, kualiti pemanduan memang terbukti menarik tetapi ia sedikit melantun bagi penumpang belakang (dan juga ruang simpanan barang belakang). Ini dianggap normal bagi semua model SUV moden kerana reka bentuk kenderaan tersebut.

Segala unsur pemanduan boleh dikawal dengan begitu senang seakan ia disambung terus ke lengan dan kaki anda. ‘Driving feel’ merupakan unsur penting untuk membawa kenderaan dengan cermat, selamat dan selesa  dan Toyota Harrier memberi prestasi yang cukup mengkagumkan. Gabungan enjin ini bersama sistem transmisi 6-kelajuan automatik dengan Super ECT juga sangat bagus secara keseluruhan untuk apa jua gaya memandu.

Kami berjaya mencatat penggunaan bahan api serendah 12km/liter (atau 8.3liter/100km) dengan gaya pemanduan yang agak ‘agresif’. Ini bermaksud model Harrier 2.0T mampu bergerak sejauh 720km sebelum anda perlu mengisi semula tangki minyak 60-liter yang terdapat pada model ini. Di dalam Kawasan bandar tanpa lebuh raya, penggunaan minyak jatuh ke 10km/liter atau 600km bagi setiap tangki petrol penuh. Not bad at all, kan?

Terdapat beberapa aspek yang kurang diminati seperti:

  • Sistem penghawa dingin NanoE™ yang mengambil sedikit masa untuk menyejukkan ruangan kabin
  • Radius pusingan sedikit kecil (5.6m)
  • Tidak cukup port USB di bahagian depan untuk mengecas telefon

Ini mampu dipertimbangkan kerana tempat duduk hadapan mempunyai fungsi panas dan sejuk untuk menambahkan lagi aspek keselesaan memandu. Di hari yang panas, fungsi penyejukan tempat duduk akan menolong untuk mempercepatkan penyejukan manakala fungsi panas boleh memberi keselesaan pada bahagian yang penat atau letih selepas seharian bekerja. Bahagian belakang bawah (lumbar) juga boleh dilaras untuk memberi ‘extra support’ kepada mereka yang memerlukannya.

Dari aspek keselamatan, model Harrier 2.0T premium dilengkapi dengan banyak ciri-ciri menarik seperti:

  • 7 beg udara SRS
  • Toyota Safety Sense with Pre-Crash System (PCS)
  • Toyota Safety Sense with Lane Departure Alert (LDA)
  • Toyota Safety Sense with Lane Keeping Assist (LKA)
  • Toyota Safety Sense with Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Toyota Safety Sense with Adaptive High-beam System (AHS)
  • Vehicle Stability Control (VSC) & Traction Control (TRC)
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Electronic Parking Brake

Secara keseluruhan, Toyota Harrier 2.0T Premium merupakan salah satu SUV yang sangat seronok untuk dipandu merata. Dengan ruang simpanan belakang yang besar, anda juga mampu membawa pelbagai barangan bersama anda ke destinasi pilihan. Walaupun harga sedikit tinggi, anda bukan sahaja bayar untuk kualiti atau prestasi tinggi malah keselesaan yang hampir tiada tandingan.

Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.