Marc Marquez (Repsol Honda) berjaya merangkul kemenangan perlumbaan keenamnya yang berturut-turut di litar Circuit of the Americas awal pagi ini. Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) berjaya mendapat rentaknya semula dan menamatkan perlumbaannya di tempat ke-dua. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) berjaya mendapatkan tempat di atas podium buat pertama kalinya dalam dua perlumbaan berturut-turut untuk pasukan…
Author: Zarul Faiz
Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.
Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Viñales, telah diangkat ke Petak Pertama. Penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, telah menetapkan masa terpantas namun akan bermula dari tempat ke-empat setelah dia dikenakan dengan hukuman tiga tempat di atas grid. Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan barisan hadapan.
Lagi gambar intipan motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah dimuatnaik ke atas talian. Motosikal Super Duke GT yang baru ini dilihat dengan bahagian hadapan yang dirombak semula dan lampu hadapan yang cukup tidak asing dengan keluarga 1290. Motosikal KTM Super Duke GT 2019 ini dijangka akan dilancarkan sewaktu acara EICMA 2018 pada bulan…
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model. Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT. Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.
Motosikal Triumph Street Triple S adalah salah sebuah daripada tiga buah model dalam rangkaian motosikal Triumph Street Triple (765). Ia dihasilkan buat penunggang harian yang inginkan motosikal yang lebih ringkas. Walaupun ia lebih ringkas, tidak bermakna ianya kurang menyeronokkan.
Motosikal superbike Tamburini T12 yang bernilai RM4 juta akan membuat kemunculan awam yang pertamanya pada minggu ini di Monaco. Dibina sebagai motosikal superbike litar muktamad yang tidak terikat dengan sebarang peraturan, ianya adalah produk mendiang Massimo Tamburini. Motosikal T12 ini dijana oleh enjin empat selari, 999cc yang diambil dari BMW S 1000 RR yang telah…
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.
Pelaksanaan “Ducati 2025 Safety Road Map” bakal menyaksikan beberapa buah model tahun 2020 Ducati dilengkapi dengan teknologi radar. Strategi ini bertujuan untuk menerapkan sistem dan teknologi keselamatan terkini dalam motosikal mereka. Fasa satu telah pun bermula dengan pengenalan ABS Menyelekoh bagi ke semua model mereka secara berperingkat.