Harga bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah didedahkan bagi pasaran Amerika Syarikat. Bermula dari $16,999, pembeli boleh memilih pelbagai pakej yang berbeza mengikut keperluan atau kemahuan para pembeli. Harga yang diperkenalkan itu cukup menggiurkan jika dibandingkan dengan motosikal supersport keluaran Eropah yang lain.
Author: Zarul Faiz
Tidak cukup dengan cuaca yang panas terik, kini kita berdepan pula dengan jerebu. Di sini kami senaraikan beberapa tips ringkas bagi melindungi diri anda ketika menunggang. Kurangkan pendedahan anda terhadapnya sebanyak yang anda mampu.
Dalam masa beberapa tahun lagi, anda mungkin boleh membuat cetakan 3D kelengkapan anda sendiri. Sebuah firma reka bentuk Perancis, VIBA telah mencetak 3D komponen motosikal Honda Monkey ini. Komponen-komponen tersebut adalah buatan aluminium, dan bukannya dari plastik.
Sebuah prototaip KTM 1290 Super Adventure telah diintip menjalani ujian jalan raya. Motosikal tersebut tampak telah meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan seperti model 790 Adventure. Meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan menghasilkan pusat graviti yang lebih rendah.
Pewaris model Hypermotard 939 menawarkan sifat hooligan dengan penambahbaikan tambahan. Ianya sebuah model yang berfokuskan kepada prestasi yang turut dilengkapi dengan ciri tunggangan harian seperti keselesaan. Kami telah berpeluang untuk menunggang motosikal Hypermotard 950 dan 950 SP di Sepanyol baru-baru ini. 950 Standard ini lebih pendek dan beraksi dengan amat baik mendaki jalan raya bukit…
Lebih daripada 140 orang ahli kelab Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menyertai konvoi DOCM Presidential Ride 2019 ke Pulau Pinang pada hujung minggu lalu. Ini adalah tunggangan mega pertama kelab berkenaan pada tahun ini bagi memulakan tahun dengan gemilang. Kami telah menyertai keraiannya di atas jentera Ducati Multistrada 1260 S terbaru (ulasannya bakal tiba…
Kami bersama dengan beberapa wakil pengedar rasmi jenama Zontes di Malaysia telah berpeluang untuk melawat kilang Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd. di China. Syarikat ini mengilangkan jenama Zontes di samping beberapa buah jenama yang lain. Apa yang telah kami saksikan di sana cukup menakjubkan dan mengagumkan semua yang turut serta dalam lawatan ini.
Alvaro Bautista dan Ducati telah meneruskan dominasi mereka dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan pada hujung minggu ini di Litar Buriram di Thailand. Ini menjadikannya enam kemenangan dari enam buah perlumbaan setakat ini. Juara bertahan, Jonathan Rea merupakan saingan paling sengit Bautista namun tidak mampu mengatasinya.