Harga Model BMW S 1000 RR 2019 Bagi Pasaran Amerika Syarikat Didedahkan

  • Harga bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah didedahkan bagi pasaran Amerika Syarikat.
  • Bermula dari $16,999, pembeli boleh memilih pelbagai pakej yang berbeza mengikut keperluan atau kemahuan para pembeli.
  • Harga yang diperkenalkan itu cukup menggiurkan jika dibandingkan dengan motosikal supersport keluaran Eropah yang lain.

Setelah sekian lama menanti, kita telah mendapat bayangan akan berapa harga model BMW S 1000 RR 2019 ini nanti.

BMW Motorrad telah mendedahkan harga model BMW S 1000 RR 2019 bagi pasaran Ameria Syarikat pada harga $16,999. Harga ini adalah untuk model asas. Dan seperti kebiasaannya bagi ke semua motosikal BMW, terdapat beberapa buah tahap ‘pakej’ yang berbeza bagi memenuhi sebarang keperluan dan kemahuan penunggang.

Pakej “Select”

Dengan tambahan $1,400, pakej ini didatangkan dengan suspensi elektronik separa aktif DDC (Dynamic Damping Control) BMW, kawalan bersiar, sistem pengawasan tekanan tayar, dan cengkaman tangan yang dihangatkan.

Di bawah pakej ini, model ini berharga $18,400.

Pakej “Race”

Tambah lagi $1,600 (di atas pakej “Select”) dan anda akan dapat pakej “Race”. Ia kini ditambah lagi dengan sistem elektronik “Ride Modes Pro” yang terdiri daripada kawalan mula, kawalan wheelie, mod perlumbaan, kawalan cengkaman dinamik, kawalan gelongsor, dan lain-lain lagi. Anda juga akan mendapat bateri litium-ion dan roda tempa aluminium.

Di bawah pakej ini, harga model ini adalah $20,000.

Pakej “M”

Untuk jentera BMW S 1000 RR yang muktamad, dapatkan pakej “M” dan anda akan menerima roda karbon fiber bersama dengan segala aksesori tambahan yang lain.

Harga bagi motosikal BMW S 1000 RR 2019 di bawah pakej ini adalah $22,100.

Kami ingin menambah bahawa anda akan menerima pelbagai kelengkapan tambahan yang menarik pada harga $22,100, berbanding dengan model supersports keluaran Eropah yang lain.

Sudah pasti harganya itu berbeza apabila ia tiba di Malaysia nanti, tetapi, sekurang-kurangnya kita sudah ada anggaran berapa banyak yang perlu kita belanja untuk memilikinya. Siap sedialah untuk pecahkan tabung anda.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]